” Saya rasa saya suami yang berguna bila dapat tunaikan impian isteri.. ” – Nubhan

Video Nubhan Beri Hadiah Kej0tan Untuk Isteri Sempena Melahirkan Anak Ketiga Mereka. Wah Bukan Kaleng-Kaleng Hadiah Dia, Dapat Tunaikan Impian Isteri. Memang Betul-Betul Surprise Ni, Part Pakai Baju Tidur Tu Memang Sempoi Lah Dr Fie !!

Mungkin ramai yang mengetahui isteri kepada penyanyi Nubhan Ahamad iaitu Dr Afifah Tawfek bertindak berhenti kerja dan memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Untuk makluman semua, Dr Afifah atau mesra dipanggil Dr Fie bertugas di Klinik Pergigian Seremban sebelum ini.

Pernah meluahkan hasratnya untuk memiliki klinik pergigian sendiri, siapa sangka impiannya ini direalisasikan oleh suami tercinta. Meninjau akaun Instagram Nubhan Ahamad, telah dikongsikan kej0tan khas yang diberikan oleh Nubhan untuk Dr Fie.

Memandangkan Dr Fie kini sedang melalui proses berpant4ng di Paramount Postpartum, Nubhan pergi berjumpa Dr Fie dan memberitahu ada perkara kecem4san yang memerlukan mereka keluar sebentar.

Dr Fie dengan hanya berbaju tidur menurut sahaja kata-kata Nubhan. Setibanya di hadapan klinik, tersenyum lebar Dr Fie apabila tertera nama Klinik Lantara di hadapan klinik. Tidak itu sahaja, rakan baik mereka, Siti Nordiana turut berada di situ meraikan detik ini.

Jom tonton video di bawah :

Untung badan dapat hadiah istimewa daripada suami seperti ini. Pujian dan ucapan tahniah diberikan oleh peminat untuk Nubhan dan Dr Fie. Antara komen-komen :

” Ya Allah seronoknyaa tgok.. semoga kita pon dpt apa yg kita hajatkan selama ni amin.. Tahniah nubhan dan dr fie.. dekat sangat dengan rumah boleh pegi nanti.. “

” Alhamdulillah tahniah Nubhan & Dr. Fie.. kita pulak yang terharu.. Semoga lebih byk kebaikan akan datang, terus success dan bahagia sampai syurga.. “

” Dokek yo sendayan.. Tahniah Nubhan & Dr Fie.. hari ini dalam sejarah majlis perasmian pakai baju tidur semuga berjaya.. Semoga sukses. Senantiasa DipermudahkanNYA & dilindungiNYA. Aamiin.. “

” Sempoi.. pakai baju tido pun lawa.. apo ado hal kan ??? Caya lah.. Semoga terus sukses keduanya.. Real Hometown Cha Cha nya character nih Dr Fie. Congrats.. “

” Suka tgk nubhan ni. Penuh dgn mission dan vision. Semoga maju jaya.. Sweet jerrrr semua.. Tahniah dr fie n nubhan.. proud of u all.. Alhamdulillah bahagia terus.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah buat ke dua pasangan.. Moga di murahkan rezeki hingga ke Jannah. Ini lah contoh anak yg sentiasa hargai dan bahagia kan ibu.. Allah terus murah kan rezekinya tak put0s2.. “

” Tahniah.. Moga ikatan kalian berkekalan di dunia dan akhirat dan beroleh keberkatan Allah.. Aamiin.. bertuah nya laki camni.. Bertambah murah rezeki suami bahagiakan isteri.. “

Pastinya gembira bukan kepalang Dr Fie apabila hasrat yang sudah lama diidamkannya ini tercapai. Semoga kerjaya Dr Fie selepas ini berjalan dengan baik dan keluarga bahagia ini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nubhan Ahamad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..