” Lebatnya rambut Bilal, hitam likat. Mesti handsome ni.. ” – Netizen
Neelofa Kongsi Detik-Detik Sebelum Dan Selepas Kelahiran Anaknya, Muhammad Bilal Buat Peminat Teruja. Kenangan Terindah Untuk Lofa Dan Haris. Alahai Lebatnya Rambut Bilal, Hitam Pekat !!
Sudah lebih seminggu sejak selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa selamat melahirkan cahayamata sulungnya yang diberi nama Muhammad Bilal. Satu demi satu perkongsian dimuatnaik Neelofa di Insta Storynya namun masih belum ditunjukkan wajah penuh si kecil ini.
Yang terbaru, Neelofa berkongsi tentang detik ketika mula dia merasa sak1t k0ntraksi sehingga selamat melahirkan Muhammad Bilal di Instagram Story miliknya. Kronologinya bermula dari tarikh 29 Januari sehingga 31 Januari sebagaimana tertera.
Ianya biasa untuk bakal ibu yang pertama kali melalui proses bersalin, rasa keliru sama ada ianya k0ntraksi p4lsu ataupun benar-benar k0ntraksi. Neelofa juga menyangka ianya seperti peri0d pa1n pada awalnya namun setelah beberapa jam k0ntraksi, lahirlah Bilal ke dunia.
Neelofa turut berkongsikan bagaimana setianya Haris menemaninya sepanjang tempoh sukar itu. Menyifatkan ianya saat yang paling manis bagi mereka semenjak bergelar suami isteri, gambar Haris meriba Bilal juga turut dikongsikan oleh umi Bilal ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian Neelofa di Instagram Story miliknya :
Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah tahniah. Handsome abah Bilal. smg baby nya menjadi qurro’aghta’ayun bagi kedua orang tuanya, bertaqwa , berilmu dan berakhlaq mulia.. Allahumma Aamiin.. “
” Alhamdulillah, sayang sikit. Lebat betul rambut Bilal ye. Moment manis abah dan Bilal, kombinasi muka umi dan abah. mesti comel bilal ni.. “
” Lebatnya rambut anakanda Bilal di ribaan abahnya. alhamdulillah syukur, moment terindah dalam hidup Lofa dan haris.. “
” Lebatnya rambut Bilal, hitam likat. nak tengok muka si kecil handsome ni. Semoga Bilal jadi orang yang beriman.. “
” Awhh beautiful journey. Lebat betul rambut anak, mesti handsome ni. Tak sabar nak tengok nunha junior.. “
” Nak tengok baby Bilal hehe, nampak rambut hitam lebatnya. abah tutup muka pulak, bagi nampak rambut je hehe.. “
” Alhamdulillah terima kasih umi Bilal sudi kongsi detik detik kelahiran baby Bila. Dapat tengok rambut pun jadi lah. Lebat betul.. “
Syukur segalanya dipermudahkan untuk Neelofa sepanjang proses melahirkan Bilal. Semoga fasa baru bergelar ibu bapa ini dapat dilalui dengan tenang. Membesar dengan sihat Bilal dan selamat berpant4ng Neelofa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa, Inaijari, Lofa.world, lofa.sg
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..