” Semoga nanti Bilal boleh baca tidak ada apa yang abah harapkan dari adik kecuali.. ” – Haris Ismail
Genap 7 Hari Muhammad Bilal Dilahirkan, PU Riz Titipkan Pesanan Istimewa Untuk Anakanda Tersayang. Sampai Ada Yang Seb4k Dan Tersentuh Baca Doa Abah Bilal Ni !!
Pasangan Neelofa dan Haris Ismail mengesahkan kelahiran zuriat sulung mereka beberapa hari yang lalu dalam satu surat kenyataan rasmi untuk media. Si kecil yang diberi nama Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris selamat dilahirkan pada tanggal 29 Januari 2022.
Semenjak berita kelahirannya tersebar, peminat-peminat Neelofa dan Haris ternanti-nanti perkembangan terbaru Bilal. Sehingga kini masih belum ditonj0lkan lagi wajah Bilal dan pasangan ini menanti saat yang sesuai untuk wajah Bilal dided4hkan kepada umum.
Meninjau akaun Instagram Haris Ismail, telah dikongsikan satu coretan khas buat Bilal bersama gambar sepasang stokin bayi. Haris yang menggelarkan dirinya sebagai abah menitipkan pesanan dan harapan untuk anak tersayang apabila Bilal sudah dewasa kelak.
Mengharapkan Bilal akan menjadi anak yang soleh, Haris turut berpesan agar Bila mentaati kedua ibu bapa kerana itu adalah perintah Allah. Bingkisan Haris ini membuatkan ramai peminat yang tersentuh saat membacanya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Baru sejam dikongsikan, posting oleh Haris ini telahpun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen mereka :
” Seb4knya baca, tahniah abah dan uminya. Insha Allah semoga harapan untuk Bilal menjadi anak soleh dunia akh1rat dimakbulkan Allah.. “
” Saya nang1s baca, tak tahulah kenapa em0si. Semoga anakanda Bilal menjadi anak yang soleh, taat kepada umi abah.. Aaminn.. “
” Kenapa aku sed1h baca, Amin Ya Mujib.. Semoga bilal membesar dgn sihat.. Jadi anak soleh taat dgn kdua org tua. tak sabar nak tengok bilal sayang.. “
” Alhamdulillah amanah Allah. Berair mata baca, semoga Bilal menjadi anak soleh dan berjaya dunia dan akh1rat.. “
” Alhamdulillah nikmat anugerah Allah. Tidak semua merasai nya. Hati tersentuh baca pesanan Haris untuk Bilal ni. Penuh dengan kasih sayang daripada seorang ayah.. “
” Ala so sweet ucapan Abah untuk Bilal. Semoga baby Bilal menjadi anak yg soleh, penyejuk mata umi abah dan kebanggaan Allah serta RasulNya.. “
” Aamiin… seb4k pulak baca doa abah utk baby Bilal. In shaa Allah Bilal membesar menjadi anak yg soleh. Aamiin.. “
Barulah Haris dapat merasai bagaimana sayangnya kedua ibu bapanya pada dirinya. Semoga segala harapan Haris ini dimakbulkan oleh Allah dan Bilal membesar menjadi anak yang soleh serta penyejuk hati abah dan umi selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Haris Ismail, IG Lofa.world
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..