” Ini orang panggil Tok Mama yang lawa.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Puan Seri Normala Samsudin Bersama Cucu Sulungnya. Dah Naik Pangkat Jadi Tok Mama Lah Puan Seri. Wah Klasiknya Nama Cucu !!

Bekas pengacara Nona, Puan Seri Normala Samsudin masih tetap menjadi perhatian ramai sekalipun sudah tidak seaktif dulu dalam bidang penyiaran. Ibu kepada 3 orang anak ini tetap kekal aktif dan cantik sekalipun sudah memasuki usia emas.

Meninjau akaun Instagram Puan Seri Normala, telah dikongsikan gambarnya bersama anak-anak, Ruhila, Rubila dan Asyraf ketika majlis resepsi Asyraf. Turut sama dipaparkan dalam perkongsian ini adalah cucu sulungnya yang bernama Cempaka.

Cempaka merupakan anak kepada Rubila. Nampak gembira sekali Puan Seri Normala apabila dapat bersama anak-anak dan cucunya ini. Tulis Puan Seri Normala di kapsyennya, dia amat menyukai nama klasik seperti Cempaka.

Dengan bangganya mengatakan dirinya kini sudah bergelar Tok Mama, perasaan ini dialami oleh semua nenek-nenek. Sayangnya pada cucu tidak berbel4h bahagi. Pastinya Cempaka melengkapkan lagi kehidupan Puan Seri Normala.

Jom baca perkongsian di bawah :

Turut sama dikongsikan berita kehamilan seorang lagi anaknya iaitu Dr Ruhila. Alhamdulillah, bakal mendapat seorang cucu lagi nampaknya Puan Seri Normala.

Perkongsian oleh Puan Seri Normala ini mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Gelaran itu yang buat kita rasa kewanitaan yang sempurna ya. Nenek, opah, tokma, tok ibu, nenda.. “

” Suka tengok Puan Seri Normala. Ini orang panggil Tok Mama yang lawa hehe. Tok Mama masih muda lagi. Tahniah Puan Seri, take care and always stay safe.. “

” Alhamdullillah. Tahniah Puan Seri normala samsudin. Doa dari saorang Ibu yang hebat. I adore you always dear Puan Seri.. “

” Alhamdulillah, saya doakan buat semua family Puan Seri Normala semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akh1rat.. “

” Manis sungguh senyuman Ruhila, kita tengok pun ikut senyum. Alhamdulillah, tahniah cantik macam ibunya juga. Manis dan sopan.. “

” Puan Seri Normala tak lama lagi bertambah cucu la ye. Tahniah mesti busy dengan cucu cucu la lepas ni hehe.. “

” Congrats Puan Seri Normala, syukur Allah bagi rezeki dapat cucu lagi nanti. Comel anak menantu suka tengok.. “

Semakin meriahlah rumah Puan Seri Normala apabila ada anak-anak kecil. Sudah naik pangkat tok mama pun, neneknya masih kelihatan awet muda. Apa-apa pun, tahniah buat Puan Seri Normala sekeluarga dan semoga semua gembira bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Normala Samsudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..