” Makin besar makin segak bergaya Putera Wakeel.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel Di Majlis Santapan Di Raja Raih Perhatian Warganet. Wah Semakin Kacak Putera Wakeel, Next Prince Charming !! 

Bulan Januari yang lalu menyaksikan majlis gilang gemilang perkahwinan puteri Sultan Brunei iaitu Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah. Majlis ini dilangsungkan selama 10 hari dengan mengikut istiadat perkahwinan diraja.

Tidak hanya wajah Puteri Fadzillah yang menjadi tumpuan lensa media, malah adik-beradiknya yang lain juga. Salah seorang yang menjadi perhatian adalah Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel Bolkiah.

Meninjau akaun Instagram kelab peminat Awakeelbolkiah, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gambar terbaru Putera Wakeel dan adindanya, Puteri Ameerah Wardatul ketika mereka berada di majlis santapan diraja.

Putera Wakeel sudahpun berusia 16 tahun manakala Puteri Ameerah baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 14. Kedua-duanya sudah meningkat dewasa dan Putera Wakeel nampak begitu segak sekali.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada netizen dan ramai yang memuji rupa paras putera dan puteri raja ini. Antara komen-komen mereka :

” Handsomenya anak diraja Brunei ni. Princess cantik macam bondanya Azrinaz Mazhar Hakim, makin manis.. “

” Dah besar dah anakanda Azrinaz ni. Seorang lawa, seorang lagi handsome. Haii lah sebijik muka ibundanya.. “

” Princess muda ada kedamaian di wajahnya, sangat pretty. Prince Wakeel bakal jadi prince ter handsome. macam kekandanya Putera Mateen.. “

” Handsome dan good looking Putera Wakeel ni. Next Mateen, mix Brunei Malaysia. Prince charming soon.. “

” Handsome sangat Wakeel, so stunning. Macam kembar dengan Putera Mateen. Stay blessed always aamin.. “

” Masya Allah kacaknya putera raja Brunei ni, young man already. You look so macho and handsome prince Wakeel.. “

” Makin dewasa makin segak bergaya Putera Wakeel. Manis dan kacak wajahnya, tenang mata memandang.. “

Ketika kecil dahulu kelihatan chubby dan comel, nah apabila sudah remaja terserlah ketampanan Putera Wakeel ini. Ramai juga yang mengatakan Putera Wakeel seiras dengan bondanya. Apapun, semoga Putera Wakeel sentiasa dalam lindungan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Awakeelbolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..