” Dah besar Ariq, handsome macam abang Roy masa muda dulu.. ” – Netizen

Titip Ucapan Dan Muatnaik Video Sambutan Hari Lahir Anak Lelakinya Ariq Yang Ke 15 Tahun, Perkongsian Oleh Roy Azman Cur1 Perhatian Peminat. Wah Kacak Anak Bujang Abang Roy, Macam Ayah Dia Masa Muda-Muda Dulu !!

Siapa tidak mengenali pelakon Roy Azman, seorang yang sering membawa watak komedi membuatkan ramai yang menonton lakonannya pasti berdek4h ketawa. Malah Roy juga sangat aktif di akaun Instagram dan ada sahaja perkongsian oleh dirinya pasti mendapat perhatian netizen.

Terbaru, Roy telah berkongsi kata ucapan dan video menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang dikenali dengan nama Ariq. Difahamkan tahun ini Ariq telah menyambut usianya yang ke-15 tahun.

Menerusi ucapan Roy, Roy telah meluahkan rasa syukurnya bahawa Ariq telah pun membesar dengan sihat. Untuk rekod, Ariq ini merupakan anak sulung Roy bersama isterinya, Fyda Razali iaitu bekas ahli kumpulan Princess.

Perkongsian video dan gambar anak lelaki Roy kali ini telah mencur1 perhatian peminat. Ramai yang menyatakan anak bujang Roy kelihatan kacak dan beranggapan telah mewarisi ketampanan Roy ketika usia mudanya dahulu.

Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Ariq. Antara komen-komen menarik adalah :

” Happy birthday pd Ariq, semoga ALLAH permudahkan sgala urusan duniawi dan Akhraw, dipanjangkan umur.. “

” Waaa handsome mcm Abg roy masa muda dulu laa. Alhamdulillah sihat dia. Moga tercapai segala impian dia tahun ni.. “

” Alhamdulillah, Aamiin. Handsome anak Abg Roy yang sulung ni, semoga jadi anak yg baik n soleh ya Ariq.. “

” Woww ada anak bujang, handsome tapi nampak pem4lu lah Ariq ni, hehe tak macam daddy dia. Selamat hari lahir Ariq yang ke 15.. “

” Happy BirthdAy Ariqqq handsome, semoga sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah S.W.T.. Aamiin.. “

” So hensem, happy birthday Ariq, semoga menjadi anak yang soleh jadi kebanggaan ibu dan bapa, amin.. “

” Elokkk lah anak sulung abg Roy ni, dah besar.  Selamat hari lahir Ariq, semoga sihat selalu jadi anak yang soleh.. “

Alahai m4lu-m4lu pula Ariq dalam video tu. Memang kacak anak sulung Roy Azman ni, patutlah ramai yang memuji. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Ariq. Semoga Ariq terus membesar menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Roy Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..