” Enjoy tengok cara Aunty Tini layan cucu-cucu.. ” – Netizen
Video Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Meluangkan Masa Bersama Anak-Anak Dan Cucu-Cucunya Raih Perhatian Warganet. Alahai Jebat Jayden Paling Manja Sekali, Siap Dhadi Dukung Lagi Yer !!
Meninjau di akaun Instagram milik ibu selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini telah berkongsi satu video terbaru yang memaparkan dirinya meluangkan masa bersama dengan anak-anak serta cucu-cucunya.
Menerusi video itu, keluarga Datin Kartini sedang berjalan-jalan di sebuah mall dan menikmati makanan di sebuah restoran terkemuka. Namun paling mencur1 perhatian warga maya adalah gelagat Jebat Jayden dalam video tersebut.
Ada yang menyatakan bahawa Jebat antara cucu yang paling manja dengan Datin Kartini. Mungkin ramai yang tahu anak lelaki pelakon Sharnaaz Ahmad ini memang seorang kanak-kanak yang manja dan periang.
Malah penampilan kedua anak Datin Kartini iaitu Nelissa yang memakai purdah dan Noor Nabila dikatakan tampil berpakaian simple tapi menawan juga meraih pujian ramai. Sehingga kini perkongsian video terbaru oleh Datin Kartini itu telah mendapat lebih 21 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata menyukai cara layanan Datin Kartini bersama anak-anak dan cucu-cucunya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Enjoy tengok cara Aunty Tini layan cucu-cucu. Comel lah si Jebat tu, lagi2 part video dia tengah makan, hehe dah besar nampk.. “
” Cantiknya Nelissa, dah berpurdah macam Neelofa. Nabila pun pakai simple mcam tu pun dah lawa sangat.. “
” Lepas ni tambah cucu dari Neelofa plak, lagi meriah lah keluarga aunty tini, syukur n alhamdullillah.. “
” Cucu nampak dah besar-besar, yang dhadi dia masih maintain cantik nampak muda lagi, hehe happy tengok keluarga Datin.. “
” Alhamdulillah, nampak semua enjoy. Untung lah dapat maktok macam ni, masih kuat lagi dan bertenaga.. “
” Alahai Jebat, siap kena dukung, manja sangat dengan dhadi dia. Hehehe paling ger4m tengok Jebat.. “
” Nabila tu simple je pakai. Suka tgk dia. Jebat comel sangat, napa last tu, dia tertido ke, hehe letih sangt dapat jalan2.. “
” Sungguh happy tengok family mama nie, loving each other sangat terasa. Semoga kalian sentiasa sihat dan bahagia selalu.. “
Wahh happy betul semua dapat jalan-jalan luangkan masa bersama. Comel-comel cucu-cucu Datin Noor Kartini, tak lama lagi bertambah lagi cucu Datin yer. Apa-apa pun, semoga Datin Kartini sekeluarga bahagia selalu dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Noor Kartini, Jebat Jayden, Noor Nabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..