” Bahagianya seorang ibu dapat anak macam Fikry ni.. ” – Netizen
Video Fikry Ibrahim Melayani Ibunya Makan Ketika Di Dalam Kereta Raih Pujian Peminat. Beruntungnya Ada Anak Macam Fikry Ni. Macam Layan Puteri Raja, Terbaik Fikry !!
Pelakon berkulit hitam manis ini sememangnya antara hero Malaya yang menjadi perhatian peminat. Fikry Ibrahim selain sifatnya yang baik hati dan suka membantu rakan-rakan, Fikry juga seorang anak yang baik terhadap ibunya.
Seringkali Fikry sajikan peminat dengan video sweetnya ketika bersama ibunya, Bibi Zaleha. Meninjau entry terbaru Fikry di akaun Instagramnya, satu video baru Fikry bersama ibunya ketika berada di dalam kereta dimuatnaik.
Kata Fikry, mereka tidak boleh turun dan memilih untuk makan di dalam kereta. Walaupun tidak kelihatan wajah Fikry dalam video ini dan hanya ternampak tangannya sahaja mengesat mulut ibunya dengan tisu, ianya cukup membuatkan peminat kagum dengan cara Fikry menyantuni ibu.
Ibu Fikry yang pada awalnya tidak menyedari aksinya dirakamkan hanya tersenyum dan mengatakan ‘ terima kasih mendoakan makcik ‘. Pasti senang hati ibu Fikry ada anak yang sanggup melayani dan menjaganya baik di waktu sihat mahupun sak1t sebegini.
Jom tonton video di bawah :
Hampir 10 ribu tanda suka direkodkan pada posting oleh Fkry ini. Kata-kata pujian dan tidak kurang juga yang seb4k teringatkan ibu masing-masing apabila melihat video ini. Antara komen-komen mereka :
” Rindu mak, halah halah sweetnya 2 beran4k ni tau. Barakah bro, semoga dirahmati selalu dan dikurniakan Allah rezeki dan kebahagiaan.. “
” Mantap bro, semoga dirahmati Allah selalu. Layanlah ibumu seperti Raja, maka rezekimu akan datang seperti raja. Like sangat anak lelaki layan mak macam ni.. “
” So ladies, kalau nak cari suami, cari lelaki yang memuliakan ibunya macam fikry. so proud of you. Saya nak anak lelaki baik dan penyayang macam awak.. “
” Bahagia kan mak sebab dia syurga kita nescaya hidup kita akan dipermudahkan segalanya. Semoga Allah beri pahala yang banyak untuk Fikry dan anak anak yang jaga mak dia macam Fikry.. “
” Alhamdulillah untung dapat tengok mak tua depan mata… mak saya dia tak bagi tengok dia tua. dia pergi dulu menghadap Illahi… Al Fatihah utk mak.. “
” Bahagianya seorang ibu kalau dapat seorang anak macam Fikry ni.. Tahniah Fikry.. Syurga di bawah tapak kaki ibu.. “
” Alhamdulillah anak yang baik. Semoga istiwamah menjaga ibu tercinta. Didoakan makcik semoga sihat hendaknya.. “
” Sweetnya, macamana fikry jga mak dia, macam tu la fikry akan jaga wife dia nanti. Perempuan yg baik utk lelaki yg baik in shaa Allah.. “
Sejuk perut ibu mengandung apabila sudah tua dilayani sebegini oleh si anak. Semoga Fikry terus menjadi anak yang soleh untuk ibunya dan dikurniakan Allah kebahagiaan serta rezeki yang melimp4h ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fikry Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..