” Macam tu lah bila hantar anak paling bongsu pergi sekolah.. ” – Netizen

Muatnaik Video Menghantar Anak Bongsunya Ke Tadika, Kapsyen Yang Dikongsikan Oleh Sharifah Shahirah Mencuit Hati Peminat. Celoteh Shiera Pada Deydey Pun Bikin Ramai Terhibur. Tak Pernah Tak Kelakar Lah Shiera Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram Sharifah Shahirah atau Shiera, p0sting terbaru yang dikongsikan telah membuatkan ramai peminatnya terhibur. Shiera telah memuatnaik video menghantar anak bongsunya ke tadika.

Adeena atau mesra dipanggil Deydey baru berusia 6 tahun. Apa yang membuatkan ramai tertawa ialah kapsyen yang ditulis oleh Shiera pada p0sting tersebut. Menurut Shiera, dia merupakan ibu yang paling tua menghantar anak yang masih lagi bersekolah tadika.

Ini merupakan kali pertama Deydey bersekolah kerana sebelum ini Shiera tidak menghantarnya ke mana-mana taska atau pun tadika. Pastinya ini merupakan pengalaman baru buat Deydey dan dapat mula berkenalan dengan kawan-kawan.

Celoteh Shiera kepada anaknya turut menghiburkan. Shiera tidak pernah tidak kelakar dan di mana-mana ada sahaja gurauan Shiera termasuk bersama anak-anak. Apa yang penting Deydey mahu ke sekolah dan tidak menang1s kan.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah menerima lebih 600 komen buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan :

” Camtu la bila hntr ank paling bongsu pegi sklh.. org lain mak muda2 lg.. kena pulak ank sulung. mmg terasa sgt tua kita ni.. kalah pengetua sklh.. “

” Yeahhhh…. Dey dey p school. tk tahulah apa lagi karya creative dia buat kat sekolah nanti hehhehe.. “

” Haha caption tk pena tk kelakau.. nsb mak ingat yg mak ada anak.. mak TK nmpk tua punnnn….. Mintak tcer record gelagat dey dey kat sek. Suke tengok dia.. “

” Kakkk oiii tk yh laaaaa khabaq kt org ‘beg sekolah percuma beli susu’ adoiiii laaa sump4h kelakaq ang kak… “

” Nasib beli susu ada percuma beg kak. Orang lain semua Mak muda2 .. Mak ko je tua .. Caption akak shieraijoy kak bukan tua tapi ibu senior yg cantik menawan. Baik pulak tu Haa gittuh.. “

” Tua tua pn elok kak. Smoga still mudo kak.. Jujur betul kak shiera ni, siap bgtau beg free beli susu.. “

” Klakar la kak Shiera… kak Shiera muda lg la.. terhibur la . Kak shirta ttp muda di hatiku kak.. Mak terlupa tu lawak.. “

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat belajar kepada Deydey. Semoga dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan membalas jasa kedua ibu bapa. Jaga diri di alam persekolahan norma baharu ini yer Deydey.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharifah Shahirah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..