” Indahnya silaturrahim Kak Engku dan Datuk Siti.. ” – Netizen

Turut Hadir Memeriahkan Majlis Hari Lahir Datuk Siti Nurhaliza, Perkongsian Gambar Datin Tengku Zawyah Raih Pujian Ramai. Part Komen Datuk Siti Dan Komen Balas Tengku Zawyah Tu Memang Sweet !!

Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43 tahun. Datuk Siti juga berkongsi gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari lahirnya bersama keluarga serta kenalan di Instagram.

Meninjau di akaun Instagram milik bekas isteri Datuk Khalid iaitu Datin Tengku Zawyah Tengku Izham, turut berkongsi beberapa gambar dirinya telah hadir ke majlis sambutan hari lahir Datuk Siti di sebuah hotel terkemuka.

Semestinya perkongsian gambar-gambar yang dikongsikan oleh Datin Tengku Zawyah tersebut menjadi perhatian netizen. Ada yang menyatakan suka melihat keakraban antara Datin Tengku Zawyah bersama Datuk Siti.

Mengenakan baju warna pink lembut mengikut tema majlis, Datin Tengku Zawyah dan Datuk Siti Nurhaliza mengabadikan gambar bersama ibu Datuk Khalid dan menantu mereka. Sehingga kini perkongsian oleh Datin Tengku Zawyah itu telah mendapat lebih 6 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian gambar-gambar tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-rata suka dengan perkongsian oleh Datin Tengku Zawyah dan memuji penampilan Datin Tengku Zawyah ketika hadir ke majlis sambutan hari lahir Datuk Siti. Antara komen-komen menarik adalah :

” Indahnya silaturrahim Kak Engku dan Siti. Selamat hari lahir Siti Nurhaliza, comel-comel semuanya bertemakan barbie.. “

” Suka tengok dua keluarga ni, macam family Norman Hakim dan Abby. Semoga hubungan baik ini akan terus kekal.. “

” MasyaAllah berkasih sayang kerana Allah. Cantiknya Tengku, makin hari makin melet0ps, nampak makin kurus.. “

” Lawanyaaaa Teezac, saya berkenan betul dengan skirt labuh tu. Suka tengok keakraban Teezac denga Ctdk.. “

” MasyaAllah, Happy Birthday Makiti, Sehat selalu, makin cantik, sholehah & bahagia dunia akhirat.. “

” Its such a beautiful family. Semua cantik-cantik, u look slim n gorgeous with a very beautiful heart lah Tengku.. “

” Teezac loves unbelievable. Lawa sangat2 dan dah kuruiih banyak. Semoga Teezac dan Datuk Siti diberi kesihatan yg baik AAMIIN YRA .. “

Selain itu, komen Datuk Siti dan Datin Tengku Zawyah juga menjadi perhatian

Bagi mengikuti Datin Tengku Zawyah di Instagram, beliau juga sering berkongsi video mengisi masa lapang dengan beriadah bersama Datuk Siti dan keluarga. Apa-apa pun, semoga ikatan silaturrahim antara Datin Tengku Zawyah serta Datuk Siti akan terus kekal hingga ke akhir hay4t.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Teezac

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..