” Dengar Halim dan Eja berbual teringat masa Roda Impian dulu.. ” – Netizen

Bertemu Kembali Setelah 18 Tahun, Video Halim Othman Dan Eja Tarik Perhatian Peminat. Suara Dan Gurauan Yang Sama Seperti Dulu. Comel Eja Sebut ‘ Hero Roda Impian Saya’ Tu. Alahai Mengimbau Kenangan Sungguh !!

Ungkapan kata ‘ Saya putar Halim ‘ memang cukup sinonim dengan pengacara Halim Othman. Bagi mereka yang membesar di tahun 90-an, rancangan Roda Impian antara program televisyen yang popular dan ditonton oleh segenap lapisan umur.

Bergandingan dengan Siti Shahrizal atau dikenali sebagai Eja, gandingan Halim dan Eja menceriakan suasana. Kini setelah kali terakhir pasangan pengacara ini bertemu kira-kira 18 tahun yang lalu, takdir menemukan mereka sekali lagi.

Meninjau akaun Instagram Halim Othman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan mereka pada suatu petang di TTDI. Kedua sahabat ini masih tetap maintain dan tidak banyak berubah berbanding dahulu.

Gurauan dan kenangan mereka bersama di Roda Impian masih lagi segar dalam ingatan. Cara percakapan dan intonasi suara yang sama seperti melihat Halim dan Eja di Roda Impian sahaja. Kata Eja, Halim Hero Roda Impian, sempat lagi Eja mengusik Halim.

Jom tonton video di bawah :

Pertemuan kembali pasangan serasi ini membuatkan ramai peminat yang mengimbau memori silam. Antara komen-komen mereka :

” Zaida kenalkan saya roda.. abby abadi ajar saya ABC.. eja mengajar saya mengeja hehe. Wang besar wang besa, rindunya zaman Roda Impian.. “

” Steady idola idola. Tagline bang halim sya sentiasa ingat sya putar halim hehe. semoga kalian berdua sentiasa di lindungi Allah dan sihat selalu.. “

” Pegh Roda Impian, memang antara rancangan terbaik dulu bang Halim. Alahai dua dua saya sangat suka ni, gandingan serasi.. “

” Lama tak dengar sebutan ‘ wow ‘ tu, rindunya cara roda impian tu. my fav duo of all time. semoga terus sihat disamping yg tersayang dan terus dipanjangkan umur kalian berdua. SAYA PUTAR HALIMM haha.. “

” Paling suka time pasangan Halim dan Eja dulu. dua dua ada aura tersendiri. Merem4ng dengar suara Abg Halim. Rasa macam kita masih belasan tahun je.. “

” Pergh both my idol, lama tak tengok kak eja. maintain je both. Rindu dengan Halim dan Eja masa zaman kehangatan roda impian.. “

” Pasangan favourite dulu ni, dua-dua tak berubah sama macam dulu. Dengar Halim dan Eja berbual teringat masa Roda Impian dulu. Gurauan yang sama hehe.. “

Manalah peminat tidak merindui gandingan Halim dan Eja, hampir 2 dekad tu program Roda Impian berlalu. Semoga Halim dan Eja sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah serta gembira selalu bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Halim Othman, Eja78

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..