” Bud4k kalau rindu tak boleh keluar dengan kata-kata.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Bermanja Dengan Bekas Pengasuhnya, Dayah Zubit Setelah Sekian Lama Tak Jumpa Raih Perhatian Warganet. Alahai Manjanya Aafiyah Dengan Kak Dayah. Lepaskan Rindu Sungguh Aafiyah Ni !!

Hubungan akrab antara anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah dan bekas pengasuhnya, Dayah Zubit sememangnya diketahui peminat. Manakan tidak, sejak Aafiyah masih bayi lagi Dayah sudah menggalas amanah yang diberikan oleh Dato’ Siti.

Setelah Dayah mengakhiri zaman bujangnya bersama seorang pemain bola sepak pasukan Terengganu FC, Mohammad Ridzuan Razali, Dayah melepaskan tanggungjawabnya itu dan menetap di Terengganu.

Meninjau akaun Instagram Aafiyah Khalid, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan gelagat Aafiyah setelah bertemu kembali Dayah. Sekian lama tidak bertemu, nampaknya Aafiyah benar-benar melamp1askan rindunya pada kakak Dayah tersayang.

Manja sekali Aafiyah menyuap Dayah makan, siap berkepit lagi dengan Dayah. Anak-anak kecil luahan perasaan mereka memang tulus dan ikhlas. Apabila Dayah meminta Aafiyah menc1um pipinya, pantas Aafiyah menguc0p Dayah.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun mendapat lebih 13 ribu tanda suka daripada peminat. Tulus sahaja kasih sayang antara Aafiyah dan Dayah. Antara komen-komen peminat :

” Sayang sungguh dia dekat pengasuhnya. kakak yang jaganya penuh kasih sayang sebab tu Aafiyah sayang sangat.. “

” Comel dua-dua. Dah lama nak tengok Affiyah dan Dayah bersatu balik. Always nice to see Kakak Dayah.. “

” Comel mesti Aafiyah rindu sangat dengan kakak dayah tu. Sayang betul Aafiyah dekat kakak dayah dia nampak dia rindu dengan dayah.. “

” Alolo manjanya, dapatlah Aafiyah melepaskan rindu pada kakak Dayah. Rindu nak tengok kak Dayah dengan Aafiyah together lagi.. “

” Budak budak kalau rindu tu tak boleh keluar dengan kata-kata. Nampak pandangan Aafiyah pada dayah pun dah tau rindunya dia pada dayah. so sweet.. “

” Rindulah tu Aafiyah dengan kakak Dayah, comel dua dua. mesti aafiyah rindu sangat dengan kakak dayah tu.. “

” Always nice to see kakak dayah. Makin cantik kakak Dayah ni. aafiyah sayang pun good girl sangat.. “

Aafiyah sememangnya kanak-kanak yang penyayang sama seperti sifat ibunya. Semoga ikatan kasih sayang ini kekal berpanjangan sampai Aafiyah besar. Biarlah jauh di mata namun tetap dekat di hati. Jaga diri dan ceria selalu Aafiyah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..