” Alahai gug0r jantung dengar ucapan Aafiyah, so touching.. ” – Netizen
Video Ucapan Hari Lahir Istimewa Daripada Siti Aafiyah Buat Ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Buat Peminat Seb4k Dan Kagum. Baru Sekecil Ini Sudah Pandai Menyusun Kata. Ayat Tu Nampak Matang Sangat !!
Semalam telah berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun kelahiran Dato’ Seri Siti Nurhaliza bersama keluarga dan staff syarikat miliknya, CTDK Holdings. Genap usia Dato’ Siti yang ke 43 tahun, figura ini tetap anggun dengan penampilan sopannya.
Selain kemeriahan majlis, pastinya kelibat keluarga terutamanya anak-anak Dato’ Siti iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa menjadi perhatian. Meninjau akaun Instagram Aafiyah Khalid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ucapan Aafiyah untuk ibunya ini.
Kata Aafiyah berbunyi ‘ Thank you ibu lahirkan Aafiyah, thank you so much. I love you Ibu, happy birthday Ibu’. Indah sekali ungkapan kata-kata Aafiyah pada hari bahagia si ibu. Tentunya berbunga-bunga hati Dato’ Siti mendapat ucapan daripada anakanda sebegini.
Wish daripada Aafiyah ini menarik perhatian peminat yang menonton video perkongsian tersebut. Walaupun Aafiyah baru berusia 4 tahun, namun kelakuan dan kata-katanya kadang-kala nampak matang daripada usia.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, sudah lebih 9000 likes direkodkan untuk posting ini. Rasa kagum dan tidak kurang juga yang seb4k mendengarnya. Antara komen-komen peminat :
” Aww sweetie pie, ucapan paling istimewa di hari lahir ibu. Dah besar Aafiyah, makin manis dan ayu serta pintar.. “
” Anak solehah, dia berterima kasih sebab lahirkan dia. Sed1h pulak dengar. Faham sangat perasaan ibu yang happy dapat ucapan dari anak sendiri.. “
” Masya Allah, cerdik dan berbudi bahasa sungguh Aafiyah. Hebat didikan ibu dan ayahnya. Semoga membersar menjadi anak yang hebat Aafiyah.. “
” Bijaknya kata-kata Aafiyah ni. kita yang dewasa ni pun belum tentu boleh wish macam tu pada mak sendiri. Bertuah ibu ada anak macam Aafiyah.. “
” Matang dari usia, itulah Aafiyah yang cantik dan cerdik. Hebat didikan Dato CT suami isteri . Selalu intai ig Aafiyah sebab dia bijak plus cantik macam ibunya.. “
” Alahai sweetnya ucapan kakak Aafiyah, auntie dengar pun rasa tersentuh dan terpegun. Anak bijak dan solehah.. “
” Alolo Aafiyah ni kan, suka buat aunty touching tau. Ucapan tu cukup mahal dan berharga tau untuk seorang ibu. Apatah lagi mengenang lamanya menunggu untuk dapatkan Aafiyah.. “
” Alahai gug0r jantung dengar ucapan Aafiyah, so touching. Cepat matang kakak Aafiyah ni. mesti ibu pun sayu dapat ucapan macam ni.. “
Sweet sungguh ucapan anak kecil ini, ucapan paling indah didengar. Semoga Aafiyah kekal dengan sifat sopannya ini sampai bila-bila dan menjadi anak yang membanggakan keluarga apabila dewasa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aafiyah Khalid, Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..