” Sedap suara Cik Semah, macam penyanyi original lagu tu.. ” – Netizen

Video Ibu Datin Seri Umie Aida, Cik Semah Menyanyikan Lagu ‘ Selamat Pengantin Baru ‘ Buat DS Heliza Helmi Dan DS Mahadi Badrul Zaman Di Majlis Kesyukuran. Amboi Merdu Suara Cik Semah, Dah Macam Suara Ala-Ala Saloma !!

Baru-baru ini, selesai majlis resepsi perkahwinan Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Badrul Zaman, telah diadakan pula majlis Datin Seri Heliza bersama teman-temannya. Difahamkan majlis tersebut adalah majlis kesyukuran meraikan pasangan pengantin baru ini.

Antara rakan selebriti yang hadir adalah, Datin Seri Umie Aida, Fouziah Gous, Farhatul Fairuzah, Nabila Huda, Sherry Alhadad dan ramai lagi. Hasil perkongsian Datin Seri Heliza di Instagram, majlis kesyukuran itu diadakan secara tertutup.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Datin Umie, ada berkongsi satu video ketika majlis Datin Seri Heliza. Menerusi video tersebut, ibu Datin Umie iaitu Cik Semah telah menghadiahkan sebuat lagu ‘ Selamat Pengantin Baru ‘ buat Datin Seri Heliza dan Datuk Seri Mahadi.

Perkongsian video oleh Datin Seri Umie itu juga telah mendapat perhatian ramai. Ada yang tidak menyangka bahawa suara Cik Semah sangat merdu didengar. Sehingga kini video Cik Semah menyanyi telah mendapat ratusan komen dan ditonton lebih 187 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom ikuti perkongsian video oleh Datin Seri Umie di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa teruja mereka setelah mendengar suara Cik Semah dalam video tersebut. Antara komen-komen netizen adalah :

” Wowwww, serius sedap suara Cik Semah, macam penyanyi original lagu tu. COmel pulak tu gaya dia menyanyi, hehe.. “

” Bila the elderly sbut selamat ke ank cucu, rasa deep sgt ke dlm hati doa tu tulus menusuk ke jntug. Rs mcm doa dri mak sndiri Subhanallah.. “

” Wow Cik Semah bukan sahaja pandai memasak tapi pandai juga menyanyi. Sedapnya suara, love sangat.. “

” Wah bertuah nya pengantin, sedap suara ibu Datin. Hehehe Heliza pun teruja dengar ibu datin menyanyi.. “

” Sekali dengar suara ala-ala Saloma lah Cik Semah ni. Video yang paling comel pernah saya tengok.. “

” Merdunya suara aunty. Amin ya rabbal alami, doa ibu tu. Semoga Datin Heliza dan Datuk Mahadi kekal bahagia hingga ke syurga.. “

” Kemainnnn dia, merdunya suara Cik Semah, dh la suara sedap pandai pulak buat popiah, hehe.. “

Amboi sedap betul suara Cik Semah dalam video tu, patut lah ramai yang memuji. Apa-apa pun, semoga ibu Datin Seri Umie Aida diberikan kesihatan yang baik selalu dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Umie Aida, Erma Fatima

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..