” Kenapa duduk jauh, tak balance. Kan dah halal, haha.. ” – Netizen
Video Majlis Kesyukuran Dan Maulid Meraikan Pengantin, Heliza Helmi Bersama Teman-Teman Cur1 Perhatian Peminat. Part Duduk Atas Pelamin Tu, Bukan Main Lagi Jarak-Jarak Eh. Comel Je Masih M4lu-M4lu !!
Selesai majlis resepsi perkahwinan Heliza Helmi 3 hari yang lalu, majlisnya ini mendapat pujian ramai kerana lain daripada yang lain. Dipenuhi dengan ulama dan agamawan, tema islamik yang ditonjolkan membuatkan majlis itu terasa damainya.
Kini, majlis Heliza bersama teman-teman pula dianjurkan. Meninjau akaun Instagram Heliza Helmi, telah dikongsikan video ketika majlis kesyukuran dan maulid meraikan pengantin semalam. Antara rakan yang turut kelihatan adalah Datin Seri Umie Aida dan Farhatul Fairuzah.
Majlis tertutup ini dimeriahkan dengan pelbagai program antaranya aktiviti tazkirah daripada ustazah. Keriuhan majlis bermula apabila pengantin lelaki memasuki ke ruangan pelamin. Memilih warna putih kelabu, kedua-duanya masih lagi terserlah aura pengantin barunya.
Ketika Dato’ Sri Mahadi memakaikan crown ke atas kepala bidadarinya ini, tersenyum Datin Seri Umie Aida melihat gelagat mereka. Lagi mencuit hati melihat ketika pasangan ini duduk di atas pelamin. Alahai sudah 5 hari bergelar suami isteri pun, duduknya masih jauh-jauh. Belum terbiasa pasangan pengantin ini dengan suasana baru. Mungkin tak nak terlalu menunjuk kemesraan depan orang lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Heliza ini telahpun ditonton oleh hampir 290 ribu tontonan. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :
” In Syaa Allah oneday kalau dah kawin nak pasang selawat zikir je surah surah. taknak lagi cinta cinta. Btw akak heliza sangat cantikk MashaAllah.. “
” Seronoknya kalau dapat pergi majlis macam ni. Penuh barakah dan siap ada majlis ilmu lagi. Bezanya majlis ilmu ada pengantin dan pelamin.. “
” Wedding terbaik, bagusnya depa dua ni. Tak ada nak tunjuk kemesraan depan orang walaupun dah kahwin.. “
” Aaa kenapalah comel sangat. Aku pulak tersengih seorang tengok gelagat pengantin baru ni. M4lu-m4lu tu nampak lagi.. “
” Comel je pengantin baru, kej0tan terindah buat Heliza. Sengih sorang sorang tengok video ni lagi-lagi part duduk atas pelamin tu dengan sarung tasbih digital tu.. “
” Macam tak caye kak ja dah kawen, awkward pulak tengok kak ja duduk rapat-rapat macam tu. hahahah. Tahniah kak ja, semoga berbahagia selalu.. “
” Rarenya pengantin pegang tasbih atas pelamin. Kenapa duduk jauh, tak balance kan dah halal haha. kena lagi pengantin baru. so sweet, tak boleh move on lagi.. “
” Saya senyum sendiri tengok gelagat pengantin baru ni, rasa bahagia sangat. Selalu tengok pun tak jemu.. “
Sama cantik dan sama manis, melihat Heliza tersenyum bahagia cukup membuatkan peminat turut merasa gembira. Semoga dirahmati Allah selalu perkahwinannya dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Helizahelmi, IG Helizamahadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..