” Sweet tengok Ustaz dan wife, dah macam aksi filem Dilwale.. ” – Netizen

Kongsi Video Berada Di Iceland, Dapat Melihat Fenomena Aurora, Percutian Ustaz Ebit Lew Bersama Keluarga Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Sweet Sangat, Macam Shah Rukh Khan Dan Kajol Lah Pulak !!

Siapa tidak kenal dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ini. Ramai yang kagum dengan sikap dan usahanya yang sering kali menghantar misi bantuan bagi yang memerlukan. Kesungguhan ustaz Ebit yang turut turun padang membantu orang ramai disifatkan satu perkara luar biasa.

Terbaru, meninjau di akaun instagram, ustaz Ebit telah telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya bersama keluarga berada di sebuah pulau di Iceland. Di samping percutian itu, ustaz Ebit juga bekongsi kata ucapan romantik buat isterinya.

Perkongsian video itu telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, kawasan yang dilawati oleh ustaz Ebit itu adalah salah satu tempat pergambaran filem bollywood iaitu Dilwale yang dilakonkan oleh aktor Shah Rukh Khan bersama Kajol.

Paling menarik, ustaz Ebit dan keluarga dapat melihat fenomena aurora dan berkesempatan bergambar ketika fenomena tersebut. Sehingga kini perkongsian oleh ustaz Ebit Lew telah ditonton lebih 1 juta tontonan sejak dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata memuji keindahan kawasan tersebut dan menyukai aksi ustaz Ebit bersama isterinya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sweet tengok Ustaz dan wife, dah macam aksi filem Dilwale. Indah betul ciptan yang Maha Esa, subhanaallah.. “

” Ni scene lagu Gerua from dilwale haha. Amboi ustaz pun kemain yer nak juga buat, comel2.. “

” Subhanallah cntik, seronok ustaz dn fmily. Tgok vid ni, automatik nyanyi la h lgu dilwale tu, hahaha… “

” Ma Sha Allah, amazing kan ciptaan Allah swt. Rezeki dpt kesana 2018 on a roadtrip. Semuga Ustaz dan jeluarga sengiasa dlm lindungan & rahmat Allah swt, amin.. “

” Semoga bahagia berkekalan buat ustaz bersama Bidadari dan anak2 tercinta hingga ke Jannah.. “

” Romantik betul ustaz jadi Shah Rukh Khan, hehe. Cantik sangat tempat ni, doakan semoga kami pun dapat sampau ya ustaz.. “

” Masayaallah, subhanallah. Terasa dunia kita punya , padahal Allah punya . Mmg indah sungguh ciptaan Allah.. “

Alahai sweet lah ustaz, ucapan yang sangat bermakna buat isteri tercinta. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga ustaz Ebit sentiasa hidup bahagia bersama keluarga tersayang hingga ke akhir hay4t.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ebit Lew

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..