” Comelnya Ali dengan Fateema, sejuk mata memandang.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak-Anak Saharul Ridzwan Yang Comel Bertudung Dan Berserban Raih Perhatian Ramai. Alahai Handsomenya Ali, Cantiknya Fateema. Anak Soleh Dan Solehah Daddy Dan Mummy !!

Meninjau ke akaun Instagram Saharul Ridzwan, satu gambar terbaru anak-anaknya yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Muhamad Luth Ali dan Fateema Azzahra kelihatan sangat comel mengenakan jubah.

Menurut Saharul, pakaian tersebut dihadiahkan oleh datuk mereka yang baru sahaja pulang dari Umrah. Ali mengenakan jubah berwarna putih dan juga berserban manakala Fateema mengenakan jubah dan tudung berwarna hitam.

Nampak manis dan sejuk mata memandang apabila melihat kedua adik-beradik ini. Saharul turut mendoakan agar anak-anaknya ini menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi asbab mereka masuk ke syurga.

Perkongsian ini telah menerima lebih dari 26 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Sekali pandang, nampak macam anak Arab pula kedua adik-beradik ni. Sememangnya Ali dan Fateema sangat comel.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ramai yang mendoakan agar kedua adik-beradik ini menjadi anak yang soleh dan solehah. Antara komen-komen yang diberikan :

” Masyaallah comelnye ali dgn fateema smoga mnjdi ank soleh dan solehah bt mummy dan baba..  semoga menjadi asbab kemuliaan ke seluruh alam Insya’Allah.. “

” Alhamdulillah cutenya.. aunty doakan mereka menjadi anak2 yg solehah.. hebat2 anak2 syurga.. Penyejok kedua ibu ayah.. “

” MasyaAllah comel nye.. Semoga Allah pilih semua jadi Daei2 Allah, ikut jejak langkah Nabi.. Semoga sentiasa dilindungi. Semoga mbesar dgn sihat Ali and Adik.. “

” Ma shaa Allah, semoga membesar menjadi anak yang soleh & solehah serta menjadi saham terbaik buat mummy dan baba.. “

” Comelnya, Moga Allah sentiasa jaga, lindung dan kasihkan sekeluarga dalam redha rahmat dan kasih sayangnya.. “

” MasyaAllah.. sejuk Mata memandang.. semoga menjadi anak Yang soleh & solehah.. Hensem n lawa deduanya.. “

” Anak soleh solehah ni .. masyaAllah. Smga mnjd anak soleh solehah dunia akhir4t.. Semoga anak2 saharul jadi hafiz hafizah penegak agama Islam, amiin.. “

Alahai, comel sangat kedua adik-beradik ini mengenakan pakaian jubah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Muhamad Luth Ali dan Fateema Azzahra membesar menjadi anak yang baik serta soleh dan solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Saharul Ridzwan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..