” Tahniah Chef Riz dan juga Chef Wan dapat menantu baru.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Anak Lelaki Datuk Chef Wan, Chef Riz Bersama Pasangannya, Nurul. Tahniah Chef Riz Serta Pasangan. Special Betul Hadiah Chef Wan Buat Chef Riz Tu, Rezeki !!

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik selebriti chef popular, Datuk Chef Wan telah berkongsi gambar-gambar dan video sekitar majlis pernikahan anak pertamanya iaitu Chef Riz bersama pasangannya, Nurul.

Difahamkan, Chef Wan tidak turut serta ketika majlis pernikahan tersebut oleh sebab Chef Wan sekarang masih berada di Honolulu. Jelas Chef Wan lagi, anak dan menantunya telah pun meminta restunya sebelum beberapa minggu dirinya berangkat ke Honolulu.

Selain daripada itu, Chef Wan turut memberitahu sempena perkahwinan Chef Riz ini, Chef Wan telah membuat pengumuman bahawa telah menaikkan pangkat Chef Riz selaku Chef Eksekutif Sous Kafe baharu mereka. Wah rezeki kahwin, tahniah Chef Riz atas lantikan tersebut.

Sekadar info, Chef Riz dan Nurul telah pun mengikat tali pertunangan pada tahun 2020. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Chef Riz di mana sebelum ini perkahwinan pertamanya bersama pelakon Ana Dahlia (tidak mempunyai anak) dan Shikin Maembong (dikurniakan seorang anak perempuan ) .

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai telah mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini dan mereka bersetuju dengan kata-kata Chef Wan tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tahniah Chef Riz and CW too, dpt menantu. true, new norm has taught us to kenal mana perlu, mana rukun. . as long as sihat and happy, itu dah cukup alhamdulillah.. “

” Congratulations Chef Riz & Nurul. Blessed marriage till Jannah. DCW such a wonderful father. I respect ur attitude to ur kids inspite of all that happened.. “

” Alhamdulillah tahniah Dato dpt menantu. Selamat Pengantin baru to both of them. U take care stay safe Dato.. “

” Tahniah diatas kedatangan ahli keluarga yang baru. Setuju sangat dengan cara Dato. Bertuah anak2.. “

” Alhamdulilah syukur. Congrats DCW & chef Riz. Semoga jodoh kalian berdua hingga ke jannah. Amin.. “

” Alhamdulillah, restu ayah Chefwan insyaallah dirahmati Allah ikatan perkahwinan ini, pengalaman mengajar erti kehidupan.. “

” Tahniah DCW terima menantu baru, didoakan semoga perkahwinan ini ke hujung nyaw4. Amin.. “

Meskipun tidak hadir di majlis pernikahan Chef Riz, Chef Wan telah mewakilkan adik beradiknya sebagai ganti dirinya. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Chef Riz dan pasangan, semoga perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Wan, Chef Riz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..