” Heliza tengoklah rahsia besar encik suami, hehe.. ” – Netizen
Datuk Nurul Zahid Ded4h Mesej Perbualan Whatsapp Dengan Suami Heliza Helmi, Dato’ Sri Mahadi BZ. Wah Impian Jadi Kenyataan Ni, Memang Dah Lama ‘Teropong’ Rupanya. Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana !!
Hari ini, peminat digemp4rkan dengan berita pernikahan aktiv1s kemanusiaan dan penyanyi jelita, Nurheliza Helmi. Sah sebagai isteri kepada Dato’ Sri Mahadi BZ, Heliza kini bergelar Datin Seri Heliza Helmi.
Di sebalik kisah cinta Heliza dan Dato’ Mahadi, rupanya ada cerita yang menjadi bukti sudah lama Dato’ Mahadi mengimpikan isteri seperti Heliza. Meninjau akaun Instagram Datuk Nurulhidayah, telah dikongsikan satu paparan mesej perbualan whatsapp antara Datuk Nurul dan Dato’ Mahadi suatu masa dahulu.
Cerita Datuk Nurul, sejak daripada tahun 2019 lagi Dato’ Mahadi sudah mula ‘mengintai ‘ si jelitawan ini. Meminati dari jauh, Datuk Nurul pernah memperkenalkan ramai wanita lain, namun sepertinya hati Dato’ Mahadi sudah terpaut pada Heliza.
Dato’ Mahadi memberitahu Datuk Nurul bahawa Heliza itu adalah ‘ dream girl ‘ nya dan dia hanya seorang peminat yang meminati seorang artis. Namun takdir Allah siapa yang dapat menjangka, Dato’ Mahadi bertemu jodoh dengan gadis impian.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Pended4han oleh Datuk Nurul ini mendapat perhatian daripada netizen. Antara komen-komen mereka yang dapat kami kongsikan :
” Alhamdulillah, dream girl lagi tu. Pilihan yang terbaik. Awat aku baca duk tersengih-sengih sendiri, bersemut sungguh.. “
” Masya Allah, hebat kuasa Allah. Dream girl menjadi isteri sah yang dimiliki akhirnya. Kalau sudah jodoh, pasti tak ke mana.. “
” Ooo kisahnya ya haha, Heliza ni bagus sangat. Banyak mempengaruhi fesyen muslimah termasuk saya. Banyak pahala jariah dia dalam hijrah saya. Alhamdulillah happy for her.. “
” Adore dedua ni.. Lelaki yang baik untuk Wanita yang baik… semuga kekal bahagia hingga ke syurga jannatulfirdaus.. “
” Wow dream girl yang cantik manis dan bagus budi pekerti dan agamanya juga. Terbaik, tahniah Barakallahu Fik Dato’ Mahadi dan Heliza.. “
” Alhamdulillah, jodoh itu rahsia Allah. Allah sebaik pengatur. Untung depa dua ni, sama padan. Mesti Heliza pun tak sangka dia dah lama kena teropong.. “
” Wahhh tahniah. betul org kata kalau bersungguh Allah swt beri kemudahan. Cantik sungguh aturan Allah. Dapat jugak akhirnya.. “
” Tudia Nurul dah letak bukti dream girl tu. tahniah buat keduanya. Dapat jugak dream girl dia. Heliza tengoklah rahsia besar encik suami heheh.. “
Betul kata orang, jodoh itu rahsia Allah. Daripada minat kini sudahpun menjadi sang bidadari dunia buat Dato’ Mahadi. Tahniah Dato’ Mahadi, dream girl dimakbulkan Allah. Semoga berbahagia selalu dan mendapat redha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurul.zahid, IG Mahadi BZ, IG Mila Jirin, IG Joy Revfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..