” 2 Cinta mama Putri Sara Sefhia dan Haider Mateen.. ” – Elly Mazlein

Wajah Penuh Anak Kedua Elly Mazlein, Haider Mateen Azlan Raih Perhatian Peminat. Wah Memang Comel Lah, Sebijik Papa Azlan !!

Tanggal 23 Oktober yang lepas menjadi tarikh manis buat Elly Mazlein dan suaminya, Cikgu Azlan apabila cahayamata mereka telah selamat dilahirkan. Haider Mateen Azlan, itu nama yang dipilih untuk permata hati ini.

Sebelum ini, Elly Mazlein hanya berkongsikan sipi-sipi sahaja wajah Haider. Sebagaimana kakaknya, Putri Sara Sefhia, wajahnya cukup jarang ditayangkan kepada umum. Namun Elly berjanji wajah Haider akan ditunjukkan pada bulan kelahirannya iaitu Disember.

Meninjau akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan sekeping gambar yang mana memperlihatkan gambar Sefhia ketika bayi dan Haider sekarang. Untuk makluman, Haider kini sudahpun 2 bulan usianya.

Tulis Elly di ruangan kapsyennya, Putri Sara Sefhia dan Haider Mateen adalah 2 cinta hati mama. Penutup tahun 2021 yang cukup indah buat Elly dan kedua-dua permata ini menjadi pelengkap kebahagiaannya bersama suami tersayang.

Jom baca perkongsian di bawah :

Tidak seperti biasa, posting kali ini ruangan komennya ditutup untuk seb4rang komentar daripada peminat. Namun setakat sejam ianya dimuatnaik, gambar ini telahpun merekodkan lebih dari 12 ribu tanda suka daripada peminat.

Tepat tekaan peminat sebelum ini, Haider memang banyak mewarisi wajah Cikgu Azlan. Berakhir sudah penantian peminat untuk melihat wajah comel Haider. Semoga Haider sentiasa membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh buat mama dan papa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..