” Wah cara Andra ‘goreng’ tu, syok dengar. Mantap lah.. ” – Netizen

Aqasha Kongsi Video Anak Lelakinya, Alehandra Ahmad Bermain Gitar Cur1 Perhatian Peminat. Wah Dah Mula Tunjuk Bakat Lah Andra, Boleh Law4n Papa Nanti Ni !!

Penyanyi dan pelakon berwajah tampan, Aqasha masih menjadi perhatian peminat sekalipun tidak seaktif dahulu. Antara lakonannya yang sedang bersiaran di kaca televisyen sekarang adalah drama bersiri Mr Millenium.

Seorang yang terbuka, Aqasha banyak berkongsikan nyanyian serta perihal keluarga di akaun media sosial miliknya. Meninjau entry terbaru Aqasha, beberapa buah video anak lelakinya, Alehandra Ahmad telahpun dimuatnaik.

Cerita Aqasha, sudah hampir 3 bulan Andra asyik dengan hobi barunya ini. Rupanya Andra sudah ‘jat0h cinta’ dengan gitar. Kata Aqasha, dia tidak menekan Andra dan membiarkan sahaja Andra bermain sendiri.

Betul kata Aqasha, kesungguhan itu harus dipupuk barulah akan membuahkan hasil kelak. Jika sudah ada minat dan bakat, perkara yang susah pun pasti dapat dipelajari dengan mudah. Nampak bakat Andra ini boleh dikembangkan lagi andai digilap.

Jom tonton video di bawah :

Sambil matanya melihat dan mendengar muzik di skrin, tangan Andra laju sahaja memetik gitar. Ini mendapat perhatian peminat dan antara komen-komen peminat :

” Moga dipermudahkan, like father like son. 2 tahun lagi dah boleh tapau kita ni nampak gayanya haha.. “

” Mantap la. Lengkap pulak tu. Ada dah teman jamming. Baru umur 10 tahun dah nampak skill tu. Semoga dipermudahkan.. “

” Ibu impressed tengok kesungguhan Andra. Besar dah dia, steady Andra memang anak bapak lah.. “

” Power lah Andra, steady jangg. Well done, all the best kid. Cayalah abang, good luck in the future. Moga jadi sehebat daddy.. “

” Cenggini bang, thumb up la Andra. Sweet child o mine satu kali dik. The next slash ke ni bang Aqasha hehe.. “

” Terbaik, Aqasha dedahkan sikit style style yang rasa dia boleh go on. Mesti gempak nanti, boleh car4s ayah ni haha.. “

” Wah cara Andra goreng tu, syok dengar. Bakal pemuzik hebat ni, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Teruskan berusaha Andra, pasti berjaya.. “

Sedap didengar, ini baru belajar sendiri. Belum lagi mendapat sentuhan daripada si ayah. Teruskan lagi usaha Andra, tidak mustahil boleh jadi sehebat ayah nanti. Apa pun, semoga Aqasha sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan gembira selalu bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aqasha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..