” Terbuai dengar suara Amad ni, sedap sangat.. ” – Netizen

Miliki Suara Yang Merdu, Vokal Nyanyian Anak Lelaki Siti Sairah Tarudin, Amad Dayyan Raih Perhatian Netizen. Bak Kata Gurauan Sairah, Lagi Sedap Daripada Suara Umai. Memang Power Lah !!

Sebut sahaja nama Siti Sairah, pastinya semua peminat sedia maklum tentang statusnya adik kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Tidak hanya Dato’ Siti, malahan Sairah dan kakaknya Siti Saida juga mempunyai keunikan suara mereka tersendiri.

Meninjau akaun Instagram Siti Nursairah Tarudin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian daripada anak lelakinya bernama Amad Dayyan. Cerita Sairah, Amad ini seorang anak yang pem4lu apabila disuruh menyanyi.

Tidak seperti kakaknya, Umairah yang sudah biasa dengan pentas-pentas nyanyian. Tulis Sairah lagi dalam nada bergurau, suara Amad lagi sedap daripada suara Umai. Nyata suara si cilik ini boleh memuk4u sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Mengalunkan lagu berjudul ‘Aku Bukan Jodohnya ‘, suara Amad memang sedap dan merdu. Ketika itu, Amad berada di Kuantan sempena sambutan ulangtahun kelahiran Aisy bersama babahnya serta keluarga.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji kelunakan suara Amad ini. Lantunan suara dan penghayatan yang cukup baik membuatkan peminat seronok mendengarnya. Antara komen-komen peminat :

” Sedapnya suara Amad, macam Amad boleh pergi jauh lagi ni. Terbuai dengar suara Amad ni, sedap sangat.. “

” Merdunya suara adik ni, suka sangat dengar. Ni memang betul betul best, menghayati betul. Sedap suara macam ibunya jugak.. “

” Sedapnya suara, boleh pergi jauh macam Umai ni. Lunaknya suara, tak puas dengar. Rasa nak nang1s dengar alunan suara tu.. “

” Eh sedapnya suara, lunak betul. Memang keturunan suara sedap la, baik dari mak sampai ke anak-anak semua merdu.. “

” Sedapnya suara Amad, banyak kali aunty ulang video ni tau. Memang powerlah suara dan vokal Amad ni.. “

” Wah berbakat, sedapnya suara lahai anak bertuah. Boleh jadi pengganti Haqiem Rusli ni, merdu sangat.. “

” Sedap suara anak Sairah ni, macam suara penyanyi Indonesia. Bakat yang boleh diasah lagi. Lagi-lagi keturunan suara sedap macam ni.. “

Anak beranak memang berbakat dan dikurniakan Allah suara yang merdu. Kalau diasah lagi bakat Amad ini, tidak mustahil boleh jadi sehebat Umai. Apa pun, semoga Sairah dan anak-anak gembira dan bahagia selalu bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Sairah, IG Amad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..