” Macam tengok cermin je, ada 2 Hanis Zalikha.. ” – Netizen

Video Haqiem Rusli Beri Kej0tan Buat Isterinya, Anis Sofea Dengan Membuat Video Call Bersama Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha. Wah Sweetnya Haqiem Merealisasikan Impian Isteri, Reaksi Sofea Tu Comel Betul. Bila ‘Kembar’ Tengok Wajah ‘Kembar’, Itu Jadinya !!

Ketika gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Haqiem Rusli bersebaran di media sosial baru-baru ini, ramai peminat yang memuji kejelitaan wajah isterinya, Anis Sofea. Dikatakan oleh peminat wajah persis seperti Hanis Zalikha, susuk tubuh mereka juga tidak jauh berbeza.

Meninjau akaun Instagram Anis Sofea, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan Haqiem membuat kej0tan buat Sofea. Dek kerana minat dan kagumnya Sofea dengan pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Haqiem berpakat bersama pasangan ini untuk memberikan kej0tan.

Haqiem membuat video call dan meletakkan handphone di hadapan Sofea sambil menyuruh Sofea memejamkan mata. Reaksi wajah Sofea tatkala melihat wajah Hanis dan Hairul begitu speechless  sehinggakan terp4ksa menahan air mata kegembiraan.

Sofea hanya ketawa riang sahaja sepanjang perbualan bersama Hairul dan Hanis. Pada penghujung video, sempat Hairul berkata ‘ Oo inilah yang orang cakap muka Hanis Zalikha ‘. Memang nampak sama seperti kembar seiras pun ye.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telahpun ditonton oleh lebih 86 ribu tontonan. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” You guys are so good together. Selamat pengantin baru. Bagus Haqiem happykan wife, jaga each other till jannah.. “

” Aww finally, so sweet. Cute je dapat video call dengan twin dia. Hanis + Anis, tolong bergambar bersama, mesti macam kembar.. “

” Halah halah halah, sweet. Finally meet your twin. Macam tengok cermin je, ada 2 Hanis Zalikha dalam dan luar handphone hehe.. “

” Sofea ni cool je, cantik manis, suka tengok. Memang mirip betul dengan Hanis. Love both, Anis Sofea dan Hanis Zalikha. Same name same face.. “

” Awww so sweet haqiem buat suprise tu adik sofea.. so lucky gurl. Muka lebih kurang je Sofea dengan Hanis Zalikha ni.. “

” Patutla style sofea semua sama macam hanis zalikha , favourite selebriti dia rupanya. Please take photo all of u.. mesti gempak hbs. So sweet la akem. Suka sofea.. “

” Waa kembar Hanis Zalikha, bestnya dapat video call dengan kembar hehe. Sama sangat la muka korang ni.. “

” Comel je video call dengan kembar, dengan itu bertemulah pelanduk dua serupa. Anis Sofea dan Hanis Zalikha.. “

Tentu berbunga-bunga hati Sofea dapat bercakap dengan idolanya ini. Bak kata peminat, pelanduk dua serupa akhirnya dapat bercakap bersama. Kalau bergambar bersama, tak mustahil boleh tertukar ni, hehe. Apa-apa pun, stay safe dan happy selalu Sofea dan Haqiem.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anis Sofea, Qiemiliorise98_, Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..