” Entah apa lah yang disemb4ngnya tu, hihi.. ” – Netizen
Gelagat Anak Mua Bellaz, Ean Yusuf Menegur Kanak-Kanak Arab Lain Di Madinah Buat Ramai Terhibur. Alahai, Peramahnya Dia. Gaya Tu Macam Dah Lama Kenal Jer !!
Nabila Zulyadaini atau lebih dikenali dengan nama Mua Bellaz merupakan seorang jurusolek yang dikenali ramai. Kini, Bellaz sekeluarga sedang berada di Tanah Suci kerana mengerjakan ibadah umrah.
Meninjau ke akaun Instagram, Bellaz ada memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat anak bongsunya, Ean Yusuf sedang menegur seorang kanak-kanak berbangsa Arab. Gelagat Ean itu agak menghiburkan kerana dilihat sangat peramah.
Ean seolah-olah seperti sudah lama mengenali kanak-kanak tersebut kerana dilihat begitu mesra sekali. Agak-agak apalah yang dibualkan oleh Ean kepada kanak-kanak tersebut. Nampak sangat comel sekali.
Menerusi perkongsian Bellaz sebelum ini di Instagram, Bellaz sekeluarga baru sahaja sampai di kota Madinah. Perkongsian Bellaz ini telah mendapat lebih 59 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah :
Selain itu, ramai menyatakan rupa paras Ean juga seperti anak orang berbangsa Arab. Antara komen-komen yang diberikan ;
” Tegoq sbb mcm pnh jumpa tu. Mesti yusuf kata, igt dak dlu kt syurga kita duk main sama² tu igt dak. Ni kita jumpa kt dunia pulakkk. awww so sweet.. “
” Bestnya dpt pi madinah bwk baby jumpa kekasih Allah & melihat bumi haramain … bella doakan kami & kwn2 kami dikurniakan zuriat juga nnt .. “
” Comey nya… mcm anak org sana saja… muka Arabic… berkenan sgguh dia dgn kwn kt sana… pandai ajak kwn berborak.. Tah apa depa semb4ng nooo.. “
” Moment mana tau eanyusuf jumpa balik ka nanti dia besar.. Dah macam anak pak Arab jugak.. Seronok la dia nk kawan.. “
” Dah macam anak pak Arab comell.. Entah apa le semb4ng nye tu hihihi.. comeyyy ean.. Ger4m nau tgk Ean ni.. rs nk kuti2 je pipi tu.. “
” Tengah bayangkan diorang punya talk.. Sebelum ke dunia diorg bermain kt syurga dulukan Pastu ni terjumpa.. “Bro ok tak family hang” “Okey bro , tak sangka jumpa h4ng kat sini.. “
” Handsome Ean Anak Pak Arab Sungguh.. Kecik² dah boleh p sana semoga jadi anak yg soleh.. Pndai nk bkawan dh.. “
Nampaknya Ean mewarisi sikap peramah ibunya yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Semoga dipermudahkan segala urusan Bellaz sekeluarga ketika berada di sana dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mua Bellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan