” Alolo pandai dia bawak diri atas pentas, cute sangat.. ” – Netizen

Video Hari Graduasi Anak Datin Almy Nadia, Nur Afrina Arianna Raih Perhatian Peminat. Wah Petah Dan Berani Bercakap Depan Orang Ramai. Ceria Dan Enjoy Sahaja Buat Persembahan, Terbaik !!

Hari Graduasi atau Graduation Day sememangnya sinonim dengan kanak-kanak yang belajar di tadika. Kebiasaannya pada hari ini, anak-anak ini akan memakai pakaian jubah dan topi seperti hari graduasi pelajar universiti.

Meninjau akaun Instagram Datin Almy Nadia, telah dikongsikan beberapa buah video dan gambar-gambar sekitar majlis graduasi anak sulungnya, Nur Afrina Arianna. Puteri sulung Datin Almy ini memakai pakaian gaun ala-ala princess berwarna merah jambu.

Arianna turut mengambil bahagian dalam persembahan nyanyian bersama rakan-rakannya yang lain. Video Arianna mengucapkan terima kasih untuk mama dan papanya juga ada dipertontonkan untuk peminat dan nyata si cilik ini petah dan berani orangnya.

Tulis Datin Almy, dia berasa sangat bangga dengan anak sulungnya ini. Cepat masa berlalu, tahun hadapan Arianna bakal memasuki darjah 1 sudah. Kata Datin Almy lagi, seperti baru semalam rasanya dia melahirkan Arianna namun hakikatnya Arianna sudah semakin membesar.

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya.. )

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya.. )

Perkongsian oleh Datin Almy ini telahpun mendapat lebih 8000 tanda suka daripada peminat sehingga kini. Antara komen-komen peminat :

” Oh my, lebiuuu Arianna. Dah big girl laaa dia. Pesal kita pulak yang touching niii. Kakak nana bud4k bijak. Sayang Nana.. “

” Comel sangat .. nampak senyuman kebahagiaan disitu.. goodluck baby girl moga terus sukses dan bahagia.. please kekalkan senyuman itu, comel sngat.. “

” Amboiii anak mommy betoii, menyerlah dari yang lain. bravo my princess, congrats kakak Arianna. kakak paling vass.. “

” Woww Princess Ariana… auntie proud of you sayang and why auntie cry. Best of luck on your next adventure.. “

” Alolo pandai dia bawak diri atas pentas, cute sangat. Terharu tengok kakak Arianna ni, tahniah kakak. Banggakan papa dan mama selalu.. “

” Adorable nya kakak, sekolah c1na rupanya. Cakap pun dah macam C1na, clever girl lah kakak. Semoga terus berjaya dunia dan akhir4t.. “

” Congrats, well speeches , keep it up girl. Dah besar Arianna, do your best for your future, aunty doakan. Proud of you dear.. “

” Congratulations kakak. nanti kakak masuk darjah satu mesti lagi pandai macam-macam.. balik school macam2 cerita kat mama.. “

Biasalah, simpt0m mak-mak bila tengok anak dah besar sebegini, feeling dia lain macam. Ini baru tadika, universiti nanti tentu lagi bangga mommy dan daddy Arianna. Semoga Arianna berjaya dalam pelajaran dan jadi contoh yang baik untuk adik-adik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Almy Nadia, Fizz Fairuz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..