” Mak pasti paling happy saya rasa.. ” – Datuk Wira Lee Chong Wei

Gambar-Gambar Datuk Wira Lee Chong Wei Terima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan Raih Perhatian Ramai. Tahniah Datuk Atas Anugerah Tersebut, Tapi ‘Side Note’ Datuk Tak Pernah Tak Kelakar Lah, Haha !!

Meninjau di akaun Instagram milik lagenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei telah berkongsi beberapa gambar dirinya telah menerima anugerah. Difahamkan Datuk Lee Chong Wei telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada  Universiti Sains Malaysia (USM).

Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah tersebut sempena Upacara Konvokesyen ke-58 Universiti Sains Malaysia itu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau dua hari lalu. Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail yang juga Canselor USM berkenan menyampaikan ijazah kehormat tersebut.

Selain itu, menerusi penulisan Datuk Lee Chong Wei di postingnya, dirinya tidak menyangka bahawa telah menerima Ijazah Kehormat itu kerana dia yang dahulunya merupakan seorang pelajar yang tidak rajin membaca buku.

Datuk Lee Chong Wei menyatakan bahawa anugerah yang diterima ini pasti membuat ibu tersayangnya paling gembira. Namun tidak menyangka, pada akhir penulisan Datuk Lee Chong Wei sempat dia berseloroh bahawa sesiapa yang ingin berikan bunga konvo, dirinya hanya meminta sayur kubis sahaja.

Ikuti perkongsian gambar-gambar tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya telah memberikan kata ucapan tahniah kepada Datuk Le Chong Wei. Antara komen-komen tersebuta adalah :

” Tahniah Datuk Dr LCW.. ” – Alif Satar

” Tahniah DLCW, dia minta kobis pulak. Kobis boleh mkn, bunga tak boleh mkn. Pandai Datuk, sayur mahal skrg nii, hahaha.. “

” Kubis mahal la, Datuk, Saya kirim salam sayang je la. Hahaha. Tahniah, Datuk You’re a jewel to this nation. Terus menyumbang dalam arena sukan negara.. “

” Datuk ni kalaw caption memang best dan lawak. Terhibur saya tau. Btw congrats Datuk. Cantik tengok wife Datuk pakai baju kurung.. “

” Kubis pun kubis lah, haha. Dato ni saya rasa boleh masuk maharaja lawak mega laa , anywayssss congratt tau dato, tumpang happy.. “

” Topi bulat paling power Dato. Sebab itu tanda dapat pangkat Doktor, tahniah again. Caption Dato tak pernah mengecew4kan lah.. “

” Dia punya side note tu amboi kemain, haha ketawa saya baca. Tahniah Datuk dan Datin. Semoga terus berjaya dengan penuh cemerlang.. “

Ramai betul yer terhibur membaca site note jaguh badminton Malaysia ni. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Wira Lee Chong Wei atas anugerah yang diterimanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Wira Lee Chong Wei

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..