” Fathia ke ni, nampak lain ingatkan Fazura tadi.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Fathia Latiff Raih Pujian Peminat. Wah Berbeza Sungguh Dengan Imej Sebelum Ini, Ada Iras Fazura Sekali Tengok. Cantik !!

Pelakon Fathia Latiff pernah menjadi perbualan hang4t peminat suatu masa dahulu. Figura yang bertubuh tinggi lampai juga memiliki wajah yang cantik walaupun tanpa solekan. Sekalipun sudah lama tidak berlakon, perkembangan Fathia sentiasa dikemaskini di akaun sosialnya.

Meninjau akaun Instagram Fathia Latiff, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Fathia. Anggun mengenakan tudung bawal bermotif bunga-bungaan, wajah Fathia nampak berbeza dengan solekannya itu.

Kata peminat, Fathia nampak lebih fresh dan muda apabila tampil dengan imej begini. Jauh berbeza dengan dahulu sehinggakan ada peminat yang tidak dapat mengec4m wajah Fathia ketika melihat gambar tersebut.

Pada perkongsian selepas itu pula, Fathia memuatnaik sekeping gambar bersama seseorang yang digelarkannya sebagai ‘queen‘. Pujian diberikan oleh peminat dan ramai yang mengatakan ‘ Ariana Rose ‘ sudah kembali. Manis dan ayu sahaja Fathia sekarang.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Fathia ini meraih hampir 45 ribu tanda suka daripada peminat sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen mereka :

” Kenapa lagi cantik macam ni. Ni baru Ariana Rose come back, love sangat tengok Fathia sekarang.. “

” Fathia ke ni, lain muka nampak ayu dan sopan sangat. Cantik, kekalkan ye pakai tudung macam ni. Lawa sangat.. “

” Lain betul muka Fathia, nampak lebih muda. Yess Ariana Rose is come back, cantik ayu betul. Tak puas pandang, nampak macam Fazura pun ada.. “

” Bezanya muka tapi sekarang lagi nampak muda dan cantik. Fathia so lovely with new looks, sis makin cantik lah.. “

” Fathia ke ni, makin cantik, ayu dan sopan. Kurus Fathia sekarang, nampak lain. Alhamdulillah, hampir hampir tak cam tadi.. “

” Nampak macam Fazura tadi, simple dan cantik. Look young and fresh, please kekalkan macam ni.. “

” Fathia ke ni, kiutnya look younger. Dah lain muka, cantiknya lebih manis. Ingatkan Fazura dah tadi, nak sama sekilas pandang.. “

Semakin cantik, itu yang dikatakan oleh kebanyakan peminat. Orangnya sudah sedia cantik, pakai apa pun tetap nampak pawa. Apa pun, semoga Fathia sentiasa istiqamah dan dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fatiyalatiff

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..