” Eh kiri kak Misha, eh bukan kanan lah. Fotostat colour, serupa sangat.. ” – Netizen
Gara-Gara Wajah Yang Hampir Sama, Peminat Terkeliru Yang Mana Satu Misha Omar. Ish Macam Kembar, Serupa Betul Ni !!
Misha Omar antara nama besar yang masih gah dalam persada seni hiburan tanahair. Sekalipun sudah lama tidak keluar dengan album baru, Misha aktif di laman sosial dan peminat dapat mengikuti perkembangannya di situ.
Meninjau akaun Instagram Misha Omar, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Misha bersama kakaknya merangkap pengurus iaitu Mimie Omar. Sudah lama tidak melihat wajah adik dan kakak ini bergambar bersama.
Menurut Misha, mereka berdua menghadiri majlis perkahwinan dan tertera pada penghujung kapsyen nama pengantinnya adalah Apik. Misha mengenakan tudung berwarna coklat manakala Mimie pula anggun dalam hijab berwarna kelabu.
Wajah Misha dan Mimie ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Ramai yang terkej0t dan menyangka Misha dan Mimie adalah kembar. Seiras sangat lagi-lagi pada bahagian mata dan hidung. Kedua-duanya sama manis dan cantik.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Misha ini telahpun mendapat lebih 17 ribu likes daripada peminat sehingga kini. Antara komen-komen mereka :
” Fotostat colour ni, bukan yang black and white. Macam kembar, sama betul mukanya. Renyeh mata berkali-kali tau nak confirmkan mana satu Misha.. “
” Wah Misha dan Mimie, ingat kembar tadi. Manisnya Mimie, comel dooh dua-dua. Paling fave eh, lar1.. “
” Weh serupanya, kembar ke kak Misha. Dua-dua sama lawa dan cantik. Senyuman tu ketara nampak, sama sama manis macam gula.. “
” Masih dalam ingatan wajah Mimie ketika masih kanak-kanak. Dari kecik Mimie memang comel dan kecik molek orangnya.. “
” Cantiklah sister berdua ni. Lama tak nampak cik Mimie Omar kita ni. Nampak lagi muda neh, sama-sama cun.. “
” Eii sama muka, cantik both. Alolo dah macam kembar pun ada, sweet lah kak Mimi dan Mitch ni. Ni baru betul betul c0py and paste.. “
” Eh kiri kak Misha, eh bukan kanan lah. Ish serupa sangat dua-dua, sus4h nak bezakan betul ‘kembar’ cantik ni.. “
Peminat ramai yang memuji kecantikan wajah Misha dan Mimie ini. Memang nampak ayu sangat apabila berbaju kurung dan bertudung sebegini. Apa pun, semoga Misha dan Mimie sentiasa dalam rahmat Allah dan stay safe walau di mana jua berada.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Misha Omar, Mimie Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..