” Suka tengok cara Fazura ambil hati ibu dan bapa mertua dia.. ” – Netizen

Video Nur Fazura Bercuti Bersama Ibu Dan Bapa Mertuanya. Namun Cara Fazura Melayan Dan Menyak4t Mereka Cur1 Perhatian Peminat. Amboi Memang Menantu Yang Awesome Fazura Ni !!

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon cantik, Nur Fazura ini pasti tahu dia seorang wanita yang lemah lembut sifatnya. Malah dilihat caranya bertutur semestinya tahu dia memiliki kesopanan yang tinggi kepada sesiapa sahaja.

Meninjau di akaun Instagram milik fans Fazura, telah berkongsi beberapa video aktiviti Fazura sepanjang dia berada di Pulau Langkawi. Menerusi percutian kali ini sambil bekerja, Fazura turut ditemani oleh kedua ibu bapa mertuanya.

Video pertama dikongsikan adalah memaparkan Fazura sedang berada di kedai makan bersama keluarganya. Kelihatan Fazura sedang menyeduk nasi ke dalam pinggan untuk diberikan kepada ibu mertuanya.

Malah video kedua pula, Fazura sempat menyak4t bapa mertua yang sedang makan. Kedengaran Fazura menyatakan kepada bapa dan ibu mertuanya kelihatan seperti pengantin baru yang sedang menjamu selera.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video itu dan memuji sifat baik Fazura terhadap kedua ibu bapa mertuanya. Antara komen-komen menarik adalah :

” So sweet lah Fazura ni, nampak memang dia sangat2 rapat dengan mak dan bapa mertuanya, selamat bercuti Faz sekeluarga.. “

” Alhamdulillah, memang menantu yang baik lah, layan mertua macam layan ibu kandung sendiri, comel sangat Faz.. “

” Sopan santun betul lah cara ambil nasi pun, halah halah segak betul. Memang menantu kesayangan betul lah Fazura ni.. “

Memang comel lah Fazura ni, sempat lagi menyak4t bapa mertua dan ibu mertua sedang makan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Fazura sentiasa bahagia bersama keluarga tersayangnya.

Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan sama cantik sama padan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberikan nama sebagai Nur Fatima Aisya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jet’aime. Fattzura, Fattzurarangers, Nur Fazura, Fattah Amin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..