” Yang mana satu Ella ni, serupa la.. ” – Netizen

Video Ella Aminuddin Bersama Kakaknya, Jojie Aminuddin Cur1 Perhatian Peminat. Nampak Seiras Sangat Adik Dan Kakak Ni. Dah Macam Kembar !!

Lagenda rock wanita negara, Ella Aminuddin adalah nama yang cukup dikenali. Walaupun sudah berpuluh tahun Ella bergelar anak seni, namun auranya masih kuat di kalangan peminat terutamanya peminat muzik berentak rock.

Meninjau akaun Instagram Ella Aminuddin, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan Ella bersama kakaknya, Jojie Aminuddin. Kedua-duanya yang memakai busana bercorak polkadot nampak ceria dan bergelak ketawa bersama.

Pada ruangan kapsyennya, Ella menulis sedikit pesanan yang mengatakan bahawa manusia dipacu oleh persekitarannya. Memilih teman yang baik pasti akan menyumbang kepada kebahagiaan kepada kita.

Melihat akan wajah Ella dan Jojie ini, ramai peminat yang mengatakan wajah mereka nampak seiras. Bahkan ada peminat yang menyangka Jojie itu Ella dan Ella itu Jojie. Kedua-duanya maintain cantik walaupun usia kedua-duanya sudah lebih 50-an.

Jom tonton video di bawah :

Lembut sahaja suara Ella apabila bercakap, manjanya tu memang trademark betul. Antara komen-komen peminat yang menonton video Ella ini :

” Hehe cutenya dua beradik ni, sweet macam kembar la. Suka kita tengok Ella dengan Jojie ni.. “

” Wah samalah, semua nampak cantik. Orangnya cantik, bajunya pun cantik. Cunnya kak Ella ni.. “

” Sama betul muka 2 beradik ni, dah macam kembar pulak. Semoga murah rezeki kakak kakak berdua, aaminn.. “

” Ella yang mana satu ni, serupa la. Comelnya dua beradik yang cantik selamanya in love you both, Ella dan Jojie.. “

” Konfius jugak tengok, ingat yang make up kan tu Jojie, yang duduk tu Ella. Ish mana 1 lah Kak Ella ni haha.. “

” Seirasnya konfius kejap tengok, cantik Jojie dan Ella. Sama mukanya, awet muda dua-dua. Manis dari dulu sampai sekarang.. “

” Cute sangat kak Ell dan kak Jojie. Memang cun, awet muda betul. Comey macam Arabian, idolaku Kak Ella.. “

Sekilas pandang memang nampak seiras wajah Ella dan Jojie. Untuk makluman, Jojie juga merupakan pengurus Ella dan kelibat mereka pasti akan dilihat bersama dalam apa jua majlis. Apa pun, semoga kedua-dua adik beradik ini terus success dalam kerjaya dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ella Aminuddin 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..