” Hands0me anak Kak Mi ni ala Korea gitu mukanya.. ” – Netizen

Raja Azmi Kongsi Koleksi Gambar Bersama Anak Lelakinya, Megat Deli Raih Perhatian Peminat. Ramai Yang Kata Muka Megat Deli Macam Orang Korea. Segak !!

Produser filem terkenal, Raja Azmi antara orang seni yang sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan. Pernah mendirikan rumahtangga bersama lagenda badminton negara, Dato’ Sri Jalani Sidek, perkahwinan ini dikurniakan 3 orang anak iaitu Puteri Suraya, Puteri Suhaida dan Megat Deli.

Meninjau akaun Instagram Raja Azmi, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan koleksi gambar Raja Azmi bersama anak terunanya, Megat Deli. Posting ini juga dimuat naik bersempena hari lahir Megat Deli.

Tiada ungkapan lain yang dapat diungkapkan selain ucapan ‘ Mama sayang Deli ‘, itu tulis Raja Azmi di kapsyennya. Sentiasa mengingati dan mendoakan Megat Deli dalam setiap waktu solatnya, itu yang dilakukan oleh Raja Azmi.

Anak muda ini yang memiliki kulit cerah seperti ibunya nampak segak dengan kaca matanya. Terdapat juga gambar ketika Megat Deli memakai jubah konvokesyen dan lain gambar-gambar lain yang kebanyakannya memakai pakaian berwarna hitam.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian oleh Raja Azmi ini turut mendapat ucapan selamat hari lahir daripada peminat. Ada juga yang memuji wajah kacak Megat Deli yang kelihatan seperti orang Korea. Antara komen-komen peminat :

” Selamat hari lahir Deli. Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah dan sukses serta cemerlang dunia dan akhir4t.. “

” Happy birthday, macam Korea mukanya anak teruna. Semoga sentiasa sihat dan cemerlang dunia akhir4t.. “

” Alhamdulillah, Happy Birthday. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik selalu, dimurahkan rezeki dan moga selalu dalam rahmat kasih sayang Allah SWT. Aamiin YaarabbilAlaamiin.. “

” Hands0me anak kak mi ni ala Korea gitu mukanya. Saya pun follow Instagram dia hehe. Happy birthday Megat Deli.. “

” Anak mak mak ni baby boy sorang hehe. Selamat hari lahir buat anak kak mie yang kacak bergaya. Kpop sangat mukanya tu, Oppa Deli.. “

” Happy birthday Megat Deli the creative guy and most hands0me boy. Semoga sentiasa menjadi anak kebanggaan keluarga.. “

” Happy birthday my dear Megat Deli. Have a great year ahead dear. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.. “

Sudah besar panjang anak bujang Raja Azmi ini. Tentu ramai peminat yang suka melihat wajah dan senyuman manis Megat Deli. Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran Megat Deli dan semoga sentiasa berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raja Azmi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..