” Alahai sweet je gambar yang berdiri atas meja tu.. ” – Netizen

Fizo Omar Kongsi Video Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pernikahannya Yang Meraih Perhatian Ramai. Memang Sama Cantik Sama Padan, Moga Berkekalan Hingga Ke Syurga !!

Umum mengetahui bahawa pelakon kacak, Fizo Omar sudah pun mengakhiri zaman dudanya bersama gadis pilihannya yang dikenali sebagai Fazeera. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang secara tertutup beberapa hari yang lalu.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Fizo, telah berkongsi satu video yang memaparkan gambar-gambar sekitar majlis pernikahannya. Selain itu, menerusi posting tersebut, Fizo turut memberikan kata ucapan terima kasih kepada ramai yang mendoakan dia dan isterinya.

Meskipun majlis tersebut dilihat diadakan secara ringkas, namun dengan kehadiran keluarga pengantin, ia kelihatan sangat meriah. Malah, meninjau kami ke akaun Instagram milik budak.tadika turut berkongsi video sepanjang mereka melakukan sesi bergambar bersama pengantin baru ini.

Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai peminat. Ada yang memuji pelamin pengantin baru ini kelihatan cantik dan cara p0sing Fizo dan isterinya ketika bergambar juga kelihatan begitu romantik.

Ikuti perkongsian video-video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan netizen setelah menonton perkongsian video tersebut dan mereka juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat penganti baru kepada Fizo dan isteri. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alahai sweet je gambar yang berdiri atas meja tu. Sekali tengok bila senyum memang isteri Fizo ada iras muka Fizo lah.. “

” Nampak betapa bahagia Fizo mengakhiri zaman bujangnya. Selamat pengantin baru, moga kekal hingga ke akhir hayat.. “

” Cantiknya, gambar yang fizo post pun cantik. Pelamin pun cantik even simple. Selamat pengantin baru Fizo dan pasangan.. “

” Alhamdulillah, congrats Fizo. Cantik lah gambar-gambar ni, baju putih ni lah menaikkan lagi seri pengantin.. “

” Cantik isteri Fizo, manis orangnya. Selamat pengantin baru, semoga perkahwinan kali kedua ini kekal hingga ke syurga.. “

” Beautiful, syukur, selamat pengantin baru. Diam-diam yer, akhirnya dah bertukar status, semoga bahagia selamanya.. “

” Semoga Fazeera menjadi ibu yang baik buat  Cik Yam n moga Cik Yam bahagia. Selamat pengantin baru Fizo dan isteri.. “

Cantik sangat melihat gambar-gambar pernikahan Fizo dan isteri. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Fizo serta pasangannya. Semoga rumah tangga kalian sentiasa dilindungi dan diberkati. Aminn

Silakan SHARE…

Sumber : IG Fizo Omar, budak.tadika, Inaijari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..