” Happy birthday little one. Handsome macam ayahnya.. ” – Netizen

Video Sambutan Hari Lahir Aqeef Anaqi Secara Live Raih Perhatian Peminat. Wah Makin Petah Anaqi. Cara Baca Al-Fatihah Tu Lancar Jer Dengar. Bagus Anaqi !!

Hari ini tanggal 15 Oktober genap usia anak sulung Amyra Rosli dan Amar Baharin, Aqeef Anaqi yang ke 4 tahun. Walaupun ianya sepatutnya disambut pada hari ini, namun kerana Anaqi tidak sabar maka terjadilah sambutan awal di Instagram.

Meninjau akaun Instagram Amyra Rosli, telah dimuatnaik video sambutan hari lahir Anaqi ini. Memandangkan tidak boleh menjemput ramai tetamu, mereka mengambil keputusan untuk menyambut bersama peminat secara live Instagram sahaja.

Amyra menyediakan 4 potongan kek yang berbeza dan meletakkan lilin pada setiap potongan kek tersebut. Sebelum ianya dimulakan, Amar meminta Anaqi membacakan surah Al-Fatihah dan Alhamdulillah bacaan Anaqi semakin bagus dan lancar.

Bukan itu sahaja, siap ada slang seperti mat salleh lagi cara Anaqi membaca Al-Fatihah ini. Semakin petah dan bersemangat tubuhnya, Anaqi juga turut membacakan doa makan. Sekejap sahaja sudah 4 tahun anak teruna Amyra ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Amyra ini telah mendapat hampir 89 ribu tanda suka daripada peminat. Rata-ratanya mengucapkan selamat hari lahir untuk Anaqi. Antara komen-komen mereka :

” Happy birthday Aqeef Anaqi. Moga membesar dgn sihat, bijak pandai, dan sentiasa dlm lindungan Allah. Anaqi anak soleh wa musleh.. “

” Comei slang hehe. pibidey anaqi semoga jadi anak yang soleh dan berguna sayangku. alhamdulillah Smart boy.. “

” Sempat lagi anaqi ckp air mellow hehe. btw happy birthday too you Semoga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan.. “

” Wow Baca Al fatihah Ade slang mat salleh ghitiew. Pandai good boy, Happy birthday little one. Handsome nya anaqi mcm ayah nya.. “

” Pandainya anaqi recite alfatihah. Happy 4years old anaqi. Makin besar makin hensem boy anaqi.. “

” Alaa clever lah Anaqi. Happy bornday anaqi cute boy.. semoga menjadi ank yg soleh buat ibubapa tercinta.. “

” Cara dia baca al fatihah comel sangat slang tu. Pandainya abang Anaqi. Ger4m tengok pipi temb4m.. “

” Pandai Aqeef anaqi baca alfatihah. Happy birthday handsome boy moga pjg umur membesar menjadi anak yg soleh dan solehan buat daddy dan mama berjaya di dunia dan di akhir4t.. “

Alhamdulillah, 4 tahun yang sungguh membahagiakan dan banyak keceriaan yang Anaqi berikan kepada kedua ibu bapanya ini. Selamat ulangtahun kelahiran Aqeef Anaqi daripada kami di Berita Kopak dan semoga Anaqi sentiasa dalam lindungan Yang Esa hendaknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amyra Rosli, Amar BaharinĀ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..