” Jarang-jarang nak tengok Dr kongsi benda sweet macam ni.. ” – Netizen

Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke- 11 Tahun, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Dan Isterinya, Datin Dr Halina Kongsi Ucapan Istimewa. Part Dr Halina Kongsi Cerita Bertanyakan Sesuatu Kepada Dr Sheikh Muszaphar Tu Memang Sweet Lah !!

Meninjau di akaun Instagram milik angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah berkongsi posting istimewa sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-11 tahun bersama isteri tercinta, Datin Dr Halina Mohd Yunos pada hari ini.

Selain Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina juga turut berkongsi kata ucapan buat Dr Sheikh Muszaphar di akaun Instagramnya. Kelihatan masing-masing telah berkongsi gambar mereka berdua yang kelihatan sangat sweet.

Perkongsian oleh Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya itu telah mendapat perhatian netizen. Dr Sheikh telah memberikan kata-kata puitis yang sangat istimewa buat Dr Halina, manakala Dr Halina pula telah berkongsi satu cerita lucu mengenai dia dan Dr Sheikh Muszaphar.

Dr Halina menceritakan bahawa dirinya telah bertanyakan kepada Dr Sheikh Muszaphar adakah suaminya itu menyayanginya dan reaksi jawapan oleh Dr Sheikh kepada soalan Dr Halina itu sangat mencuit hati ramai.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata turut memberikan kata ucapan selamat ulang tahun perkahwinan dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga buat pasangan sama cantik sama padan ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Amboi kemain, siap bermadah lagi dr yer, hehe sweet lah. Jarang-jarang nk tengok Dr kongsi benda sweet2 macam ni. Happy Anniversary Dr Sheikh Muszaphar n Dr Halina.. “

” Wahh kejap masa kan, dah 11 tahun. Selamat ulang tahun perkahwinan Dr Sheikh dan Dr Halina, semoga ikatan perkahwinan kalian akan kekal hingga ke syurga.. “

” Sweetnya, suka tengok pasangan ni, jenis pasangan yang sangat simple. Semoga sntiasa bahagia.. “

” Omg, serius ar memang jarang gaduh ye. Hebat lah boleh kira dengan jari je gad0h spjng tempoh perkahwinan 11 tahun tu, terbaik lah.. “

” Alhamdulillah, tahniah Dr. Selamat ulang tahun perkahwinan, dah ada 6 orang, misi cukupkan 10 dr, good luck.. “

” Barakallahulakuma. Saya selalu tanya asben, setiap malam. Kalau dia jawab slow, saya tnya lagi sampai saya puas hati lah, dia pun melayan je.. “

” Sayang memangla sayang tapi nak kepastian dari mulut somi, rasa lega dan puas hati, nama pun perempuankan, hehe. Happy Anniversary Datin.. “

Sweet betul kata-kata Dr Sheikh Muszaphar tu, cerita yang dikongsikan oleh Dr Halina tu pun boleh buat kita tersenyum bila membacanya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan happy anniversary buat Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina, semoga kalian terus bahagia bersama sehingga ke syurga.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina Mohd Yunos

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..