” Sekali pandang ingat Irma yang pakai baju pengantin, muka serupa.. ” – Netizen

Gambar Irma Hasmie Bersama Seseorang Di Majlis Kahwin Cur1 Perhatian Peminat. Wah Muka Hampir Sama, Dah Macam Kembar. Lagi-Lagi Bila Senyum Macam Tu, Nampak Seiras !!

Tampil anggun dalam imej berhijab, pelakon dan pengacara popular, Irma Hasmie mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sekalipun sudah bergelar ibu kepada 2 orang cahayamata, Irma tetap ramping dan semakin berseri-seri.

Meninjau akaun Instagram Irma Hasmie, telah dikongsikan beberapa keping gambar Irma bersama seorang wanita dalam busana pengantin berwarna putih. Tertulis nama Wanie Radzuan dan Faisal Nasier di hujung kapsyen Irma merujuk kepada nama pasangan pengantin.

Untuk makluman, ini adalah majlis perkahwinan adik ipar Irma, Wanie Radzuan iaitu adik kepada suaminya, Redza Syah Azmeer. Sekitar bulan Mac yang lalu juga, Irma ada berkongsikan gambar bersama Wanie di atas pelamin ketika majlis pertunangan.

Dalam gambar posting baru ini, Wanie terserlah seri pengantinnya. Irma seperti biasa, tetap tampil cantik walaupun dengan solekan yang nipis. Melihat kepada wajah kedua-duanya, wajah mereka nampak seakan sama dan seiras.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Sehingga kini, posting oleh Irma ini telahpun mencatatkan lebih 19 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Cantiknya kak Irma, tahniah Wani dan pasangan. Alhamdulillah, sakinah wamaddah Warahmah until Jannah.. “

” Cantiknya, dua-dua sweet je muka. Alhamdulillah syukur, selamat pengantin baru Wanie. Kak Irma lawa tak berubah-ubah mukanya, makin cun ada.. “

” C0nfuse sekejap ni mana satu pengantin, muka samalah kak irma dengan adik ipar. Sekali pandang tertukar jap hehe.. “

” Masya Allah, cantiknya ciptaan Allah. Ipar Irma ni iras betul muka dengan Irma, persis adik kandung Irma pulak. Sama sangat.. “

” Alhamdulillah so pretty both of you. Irma cantik macam biasa, berseri-seri macam pengantin baru pulak. Anyway congratulation dik Wanie dan hubby.. “

” Lawanya Irma dan adik ipar, ingatkan adik kandung tadi. Sebijik sama lagi-lagi bila senyum macam tu. Hidung pun sama.. “

” Irma makin bertambah ayu bila istiqamah dengan tudung. Sekali pandang ingat Irma yang pakai baju pengantin, muka serupa macam kembar pun ada.. “

Memang nampak hampir sama muka Irma dan adik iparnya ini. Kedua-duanya sama cantik dan manis senyumannya. Apa pun, selamat pengantin baru untuk Wanie dan pasangan. Semoga bahtera perkahwinan ini dirahmati Allah dan berbahagia selalu hingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Irma Hasmie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..