” Tangan ajaib, ternganga saya tengok seni anak Shiera ni.. ” – Netizen

Sharifah Shahirah Kongsi Hasil Tangan Anaknya, Airra Melukis Gambar Pemain 067 Squid Game Di Atas Karpet. Wah Bukan Calang-Calang Airra Ni, Limited Edition. Lukis Atas Karpet Pun Cantik. Memang Padu !!

Drama Korea Squid Game sedang hang4t diperkatakan seluruh negara. Rata-rata netizen membicarakan tentang permainan dan watak-watak yang terdapat dalam drama berkenaan khasnya di media-media sosial.

Meninjau akaun Instagram Shiera Ijoy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan hasil seni anak perempuannya, Airra. Melukiskan salah satu watak popular dalam Squid Game iaitu pemain bernombor 067 iaitu Kang Sae Byeok, lukisannya itu membuatkan ramai yang kagum.

Bukan semua orang dianugerahkan bakat dan seni melukis seperti ini. Bayangkan sahaja, dari bulu-buluan karpet itu, jelas kelihatan wajah pemain 067 ini. Shiera merakamkan lukisan ini secara senyap-senyap ketika Airra tidak berada di bilik tidur.

Seketika kemudian, terpacul wajah Airra di pintu bersama daddynya, Ijoy. Sudahlah pandai bermain gitar, kali ini tunjuk bakat melukis pula. Tidak mustahil Airra boleh jadi pelukis hebat suatu hari nanti.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Shiera ini telah ditonton lebih 160 ribu tontonan setakat ini. Ramai yang memuji bakat seni Airra ini dan antara komen-komen peminat :

” Talentednya Airra ni, terrer. Aku rasa dia ada pakai cincin Zamrud lah. Bapak ahh cantik betul lukisan tu, atas karpet je oii.. “

” Fuyoo talentednya Airra, bagus sangat ni. Hebat, Kagum tengok. Klu acik la kn paling hebat pn bear yg lukis siap ada lagu tu.. “

” Aira ni kan mcm m.nasir. Org nya agak pelik perangainya. Pendiam, tp sar4t dgn idea seni yg mengkagumkan. Org yg berjiwa seni ni kan special dia lain mcm kan.. Keep up good work Aira.. “

” Syukur dikurniakan anugerah bakat seni, cantik sngt. Gifted, tak semua orang ada seni macam ni. Teruskan menggilap bakat Airra.. “

” Wow hebatnya, berbakat betul ni. Tangan ajaib, ternganga dan berulang kali saya tengok. Really awesome Airra.. “

” Wah luar biasa, hebatnya seni anak dar4 Shiera ni. Dar4h seni, berbakat sangat. Tak ramai spesis manusia macam ni.. “

” Gifted btl anak kak shira nih. Limited edition, berseni sungguh tangannya. Power lah Airra, great job. Boleh berdar4h hidung tengok hasil seni sis.. “

Shiera sendiri pun terpegun melihat lukisan Airra apatah lagi peminat. Lain dari yang lainlah Airra ni, penuh dengan seni walaupun tuannya pendiam sahaja. Good job Airra dan semoga Airra menjadi seorang yang membanggakan keluarga suatu hari nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiera Al-Khaired

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..