” Macam tengok kesinambungan Hero Seorang Cinderella.. ” – Netizen
Fazura Muatnaik Gambar Sekitar ‘ Birthday Dinner ‘ Bersama Suami, Fattah Amin Cur1 Tumpuan Peminat. Sweet Sangat Pasangan Merpati Dua Sejoli Ni !!
Meninjau ke akaun Instagram selebriti, Nur Fazura, entri terbaru yang dimuatnaik oleh Fazura telah mencur1 perhatian para peminatnya. Fazura telah berkongsi beberapa keping gambar ketika sesi makan malam sempena sambutan hari lahirnya.
Makan malam pada kali ini amat berbeza kerana hanya bersama suaminya , Fattah Amin. Sejak mempunyai cahaya mata, pasangan ini jarang meluangkan masa berdua dan kali ini mereka dapat berdating bersama tanpa kehadiran Nur Fatima Aisya.
Gambar-gambar yang dikongsikan oleh Fazura merupakan momen-momen sweet buat mereka berdua. Malah penampilan Fazura juga turut menarik perhatian kerana nampak cantik dan sopan walaupun tampil ringkas.
Ada yang menyamakan momen-momen mereka seperti watak di dalam novel yang selalu bersikap romantik. Ada juga yang menyatakan seperti melihat kesinambungan drama Hero Seorang Cinderella yang merupakan drama pasangan ini berlakon bersama.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Ramai yang mendoakan kebahagiaan buat Fazura dan Fattah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Until Jannah. Love the way Fattah terima Fazura seadanya tanpa banyak drama n slowly Fazura juga berubah ke arah yg lebih baik. Love both of you.. “
” Happy birthday kak faz… smoga allah kurniakn kebahagian yg berkat…murah r3zeki serta di syangi orgĀ² yg baik ikhlas… amin.. “
” Full of simplicity as always kak faz.. My fav celebrity couple, Semoga berbahagia bersama hingga di Jannah.. sama cantik sama padan.. “
” Sweetnya..hari tu dh dapat red roses ni pink plak .. Semuga Allah melimp4hi kesihatan kekuatan keberkahan dilindungi senantiasa sekeluarga Aamiin .. “
” Awww sweet. My forever fav couple .. Suka betul tgk pasangan ni .. Take care each other Fazura & Fattah.. love till jannah.. “
” Love this couple till jannah.. Cntiknya pic yg last tu …love ter0k ootdnya .. Moments like this, such precious.. Macam tengok kesinambungan Hero Seorang Cinderella.. “
Wah, memang bersemut habislah pasangan sama cantik dan sama padan ini. Selamat hari lahir diucapkan kepada Fazura. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..