” Happy birthday Ammar, semua lawa dan melet0p.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Dan Video Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Anak Sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy Yang Cukup Meriah. Wah Makin Bergaya Ammar, Nampak Sama Muda Mak Dengan Anak Ni !!

Siapa tidak kenal dengan keluarga selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta. Tidak hanya Che Ta, malahan anak-anaknya juga seringkali menjadi tumpuan peminat setiap kali cerita mengenai mereka dikongsikan.

Sudah menjadi kebiasaan untuk Che Ta sekeluarga untuk menyambut hari lahir setiap ahli keluarga dengan meriah. Kali ini giliran anak sulungnya pula diraikan iaitu Ammar Effendy. Untuk makluman, Ammar kini telahpun berusia 25 tahun.

Hasil tinjauan kami di akaun Instagram Che Ta, telah dikongsikan gambar-gambar dan video ketika mereka menyambut hari ulangtahun Ammar. Selain Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana dan Aniq Ezzra, turut kelihatan adik Che Ta, Datin Jaja Che Wan.

Ammar yang mengenakan suit bermotif bunga-bungaan berwarna coklat dan putih nampak bergaya sekali. Dekorasi majlis juga simple sahaja namun nampak mewah dengan pemilihan warna dan susun aturnya.

Jom tonton video di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian oleh Che Ta ini mendapat perhatian daripada peminat. Ramai juga peminat yang tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir untuk Ammar. Antara komen-komen mereka :

” Happy birthday Ammar Effency, perfect picture. Semoga Ammar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.. “

” Anak dah 25 tahun tapi maknya maintain macam 24 tahun. Tak pernah tak cantiklah Che Ta ni, haa giteww. Baju bulus tu cantik.. “

” Mana satu yang 25 tahun ni, ish nampak sama muda mak dengan anak ni. Beautiful family, suka tengok semua cantik bergaya.. “

” Selamat ulangtahun kelahiran Ammar, perfect family. Anak kacak, mak pun cantik always. Trending lah baju Che Ta, likes 1000 kali.. “

” Ibunya muda sangat, nampak mak pun macam umur 25 tahun ni hehe. Happy birthday Ammar, semua lawa dan melet0p.. “

” Wah nak jadi anak che ta jugak.. Bestnya by the way happy birthday Ammar. Semoga jadi anak yang baik, soleh dan berjaya dunia akhir4t.. “

Sememangnya family Che Ta sentiasa tampil kemas dan cantik dalam apa jua majlis yang dihadiri. Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 25 buat Ammar Effendy dari kami di Berita Kopak dan semoga sentiasa success dalam kehidupan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan, Ammar Effendy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..