” Tahniah Sheril Aida bakal dapat menantu.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Anak Perempuan Sharifah Sheril Aida, Nur Thania. Wah Bakal Dapat Menantu Lagi Sheril Aida. Sama Cantik Sama Padan Kedua-duanya. Tahniah !!

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu, Cinta Suci, Sheril Aida antara penyanyi yang dikenali ramai suatu masa dahulu. Ibu saudara kepada pelakon Scha Al-yahya ini juga pernah menjadi finalis Pencarian Dewi Remaja.

Untuk makluman, Sheril Aida dikurniakan 4 orang anak hasil perkahwinannya bersama arw4h Datuk Railey Jeffrey. Di usia Sheril Aida yang sudahpun melebihi 50-an, Sheril Aida juga bergelar nenek kepada 2 orang cucu.

Meninjau akaun Instagram Sheril Aida, telah dikongsikan beberapa posting yang memperlihatkan suasana ketika majlis pertunangan anak sulungnya, Nur Thania. Thania yang berbaju kurung nampak berseri-seri dan saling tak tump4h seperti wajah ibunya.

Mengik4t tali pertunangan dengan jejaka bernama Salleh Aslam, majlis ini dihadiri ahli keluarga sahaja. Mengucapkan kesyukurannya, Sheril Aida turut memberikan ucapan tahniah untuk Thania dan bakal menantunya ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Posting oleh Sheril Aida ini dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Congratulations to your daughter Thania dan pasangan. Bakal terima menantu kak Sheril.. Insyaallah dipermudahkan.. “

” Alhamdullilah, moga dirahmati dan diberkati serta dipermudahkn segala urusan. Tahniah untuk seluruh keluarga.. “

” Alhamdulillah tahniah Sheril Aida bakal dpt menantu. semoga dipermudahkan segala urusan seterusnya. Cantik wajah anaknya.. “

” Congratulations Thania on your engagement. Cantik sangat Thania, glowing muka bahagia tu. Congratulations Kak Ida.. Bakal dapat menantu.. “

” Alhamdulillah tahniah Sheril Aida. Sama cantik sama padan anak dan bakal menantu. Semoga dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin.. “

” Tahniah untuk Sheril Aida sekeluarga. Berseri-seri anaknya, sama macam ibunya juga. Semoga segala urusan berjalan lancar untuk ke jinjang pelamin.. “

” Mubarak ya Rabb, tahniah Sheril Aida dan Thania. Semoga Allah memberkati majlis istimewa ini dan dilancarkan untuk ke fasa seterusnya Aamin.. “

Majlis pertunangan telahpun selamat dijalankan dalam suasana norma baru. Tahniah dari kami di Berita Kopak untuk Sheril Aida dan anaknya Thania. Semoga segala perancangan untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan dan berjalan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheril Aida Alyahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..