” Percaturan Allah itu indah, ada hikmah semua yang berlaku.. ” – Netizen

Kongsi Video Thr0wback Majlis Akad Nikahnya Bersama Memey Suhaiza 10 Tahun Lepas Sempena Anniversary Mereka, Norman Hakim Cerita Momen Selepas Selesai Akad Nikah. Alhamdulillah, Allah Permudahkan Urusan !!

Diam tak diam, sudah 10 tahun usia perkahwinan antara aktor bertubuh sasa, Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Hasil tinjauan kami di akaun Instagram Norman, telah dikongsikan video throwback ketika majlis akad nikah mereka dahulu.

Cerita Norman, ketika majlis berlangsung, selesai sahaja Tok Kadi mengatakan sah, cuaca tiba-tiba berubah dan guruh berdent0m kuat serta hujan yang sangat lebat. Kata Norman, peristiwa ini pastinya diingati oleh semua hadirin yang hadir pada ketika itu.

Dalam kapsyennya juga, Norman mengucapkan terima kasih untuk Memey Suhaiza kerana menjadi isteri yang terbaik untuk dirinya. Walaupun ada kekurangan, mereka sama-sama berusaha untuk merancang kehidupan.

Dalam video itu juga kelihatan anak sulung Norman, Danish Hakim dan anak keduanya, Marissa Dania melihat ijab qabul papa mereka. Koleksi gambar Norman dan Memey dari dulu sehingga kini juga disel1tkan dalam video pendek ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Di ruangan komen pula, banyak ucapan selamat ulangtahun telah dit1nggalkan oleh para peminat. Doa yang baik juga turut diungkapkan oleh peminat dan antara komen-komen mereka :

” Happy anniversary brother. Semoga sentiasa diberkati Allah SWT. Insha Allah sama-sama ke syurga bersama keluarga tersayang.. “

” Happy anniversary Abang Norman. Masa tu kes1an tengok anak-anak Abby tapi sekarang alhamdulillah suka tengok abang dengan kak Abby berbaik dan erat.. “

” Comelnya 2 bud4k kecik kat belakang tu. Happy Anniversary Norman dan Memey. Percaturan Allah itu indah. ada hikmah semua yang berlaku. Akh1rnya kebahagiaan dikecapi semua.. “

” Alhamdulilah sir Norman. Selamat ulangtahun yang ke 10 tahun. semoga kekal bahagia Hingga ke jannah.. kirim slm pada madam.. “

” Selamat Ulangtahun Perkhwinan papa norman dan mummy mey..semoga kekal hingga ke jannah. Alhamdulillah semua ada hikmahnya.. “

” Hujan lebat membawa maksud rezeki yang mencurah-curah. Happy anniversary Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Semoga berbahagia hingga ke jannah.. “

” Alhamdulillah, Allah memang perancang yang terbaik. Onak dur1 segala dugaan sudahpun berlalu. Semoga berbahagia sampai akh1r hayat dan ke syurga.. “

Impian setiap pasangan suami isteri untuk hidup bahagia dan berkekalan sehingga ke akh1r hayat. Semoga bahtera rumahtangga Norman dan Memey ini sentiasa aman dan disulami rasa kasih sayang yang berpanjangan. Happy anniversary lovely couple. 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..