” Kalau camni bila nak penuh Jebat 0ii, sekali press sekali sedut.. ” – Netizen

Video Jebat Jayden Sedang Membuat Jus Untuk Ibunya Buat Ramai Yang Menonton Terhibur. Amboi Sempat Lagi Minum, Comel Lah !!

Jebat Jayden anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad ini memang dikenali ramai dan mempunyai peminatnya tersendiri. Malah ada sahaja video mengenai gelagatnya yang dikongsikan oleh ibu bapanya di Instagram yang mencuit hati sesiapa yang menontonnya.

Terbaru, ibu Jebat, Noor Nabila telah berkongsi satu video terbaru Jebat. Menerusi video itu, kelihatan Jebat sedang membuat jus buahan dengan menggunakan mesin. Tuis Nabila pada posting tersebut, ‘ hari-hari Jebat ingin membuat jus ‘.

Di dalam kapsyen itu juga.  Nabila sempat berseloroh mengatakan yang mungkin Jebat beranggapan bahawa mesin jus tersebut adalah mainan. Amboi Jebat, sampai mesin jus pun nak buat mainan yer.

Melihat gelagat Jebat yang begitu seronok menekan mesin tersebut dan sambil minum jus tersebut begitu menghiburkan. Lebih-lebih lagi kedengaran suara kecilnya itu menyatakan bahawa jus yang dibuat oleh dirinya itu sangat sedap.

Jom tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat perkongsian video terbaru Jebat itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Juice belum penuh dah minum terus, comel betul lah perang4i bud4k Jebat ni, ger4m tengoknya haha.. “

” Alhamdulillah anak yg soleh, dah boleh berbakti pada Mummy ni. Dia rasa dulu tu nak tengok sedap ke tak jus yang dia buat, haha.. “

” Kalau camni bila nak penuh Jebat 0ii, sekali press sekali sedut, hehe. Mummy tengah tggu nak minum tu Jebat, jangan lambat.. “

” Dia make juice sambil cukai skit. Ni kalau kerja mau kena p0tong gaji ni Jebat. Video ni memang lawak lah.. “

” Alololo sebut sedap tu tak tahan, comel sangat anak teruna Sharnaaz ni. Sejak petah bercakap ni, nampak bijak betul.. “

” Sempat lagi dia minum, yummy yummy. Dah pandai buat jus, senang lah nanti mummy nk minum jus, terus oder je dengan Jebat.. “

” Hahahaha mungkin betul Jebat pkir tu mainan. Yelah main tekan ja keluar air, seronok lah bud4k2 kalau dapat tekan mesin tu.. “

Rajinnya Jebat sekarang, dah pandai buat jus buahan yer. Memang ger4m bila melihat telatah Jebat ni. Apa-apa pun, semoa Jebat membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Noor Nabila

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..