” Fuh triple F lagi, comel sangat anak Issey ni.. ” – Netizen
Issey Fazlisham Kongsi Wajah Penuh Dan Nama Cahayamata Sulungnya. Wah Sedap Nama Baby, Indah Maksudnya. Hidung Tu Mancung Lah !!
31 Ogos baru-baru ini, penyampai radio THR Fm, Issey Fazlisham telahpun menimang cahayamata sulungnya. Lahir pada Hari Merdeka, Issey berkongsikan beberapa keping gambar bayi lelakinya itu bersama bendera Malaysia.
Pada perkongsian terdahulu juga, Issey berkongsikan video pengalaman pertamanya menguruskan si kecil. Gelagat Issey yang sedikit kalut dan pan1k kerana belum mahir itu mencuit hati peminat. Biasalah siapa tidak pan1k sebegitu ketika menemp0h pengalaman baru.
Terkini di Instagram Issey, wajah penuh bayinya ini beserta namanya diumumkan kepada umum. Memilih nama Faaeq Fathian, Issey turut menerangkan maksud nama tersebut iaitu tertinggi dan kemenangan.
Tambahan pula Faaeq lahir pada hari kemenangan negara, memang sesuai sangatlah namanya itu. Nama timangan Faaeq iaitu Iyyen juga ada ditulis di hujung kapsyen Issey. Lena sungguh si Faaeq tidur dalam gambar ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Issey ini telah mendapat banyak ucapan tahniah daripada peminat. Wajah comel Faaeq juga dipuji oleh peminat. Antara komen-komen mereka :
” Fuh Triple F lagi, mantaplah daddy Issey. Alhamdulillah, tahniah Issey. Welcome Faaeq Fathian, sesuai sangat nama tu dengan baby.. “
” Alahai cutenya baby Iyyen ni, sedap namanya. Hidung dia mancung weh, terpac4k besar nanti ni. ger4mnya tengok.. “
” Alolo anak daddy, comel sangat. Sedap sangat namanya, double FF. Gabung dengan daddy jadi triple F terus. Tangan tu macam nak berdikir barat je baby hehe.. “
” Alhamdulillah, Tahniah Issey, comelnya baby Faaeq ni. Lena betul ye tidur, aks1 bebas lagi tu hehe. Nama pun sedap disebut.. “
” Tahniah daddy issey dan mummy aimi, Assalamualaikum faaeq fathian. semoga membesar menjadi anak soleh, Amin.. “
” Nama sedap, tuanpun comel. Hidung pac4k lagi dia, hands0me boy nanti ni. Awal-awal lagi mulut dah ikt daddy ni, cute sangat.. “
” Alhamdulillah sedap nama dan makna yang baik. Comel sangat anak Issey ni. Semoga Faaeq jadi anak yang baik dan soleh.. “
Alhamdulillah, nampak sihat baby Faaeq ini setelah hampir seminggu usianya. Nama yang cukup indah dan bermakna maksudnya. Semoga Faaeq sentiasa dilindungi Allah dan membesar menjadi anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Issey Fazlisham, IG Aimi Jamel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..