” Unt0nglah Tok Sidang, menantu serve ala-ala hotel gitu.. ” – Netizen
Video Elisya Sandha Menyediakan Sarapan Pagi Buat Ibu Dan Bapa Mertuanya Raih Perhatian Ramai. Woww Cara Deko Makanan Pun Menarik, Menantu Kesayangan Ni !!
Ramai yang sudah tahu bahawa pelakon dan juga adik Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha telah selamat bergelar isteri kepada anak kepada pengarah drama terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy. Pasangan ini telah bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
Meninjau di akaun Instagram milik suami Sheila Rusly iaitu Jinggo atau lebih dikenali sebagai Tok Sidang telah berkongsi satu video yang memaparkan menantu kesayangannya telah menyediakan sarapan pagi buat keluarganya.
Menerusi video itu, Elisya yang masih berpakaian baju tidur telah datang membawa sarapan pagi buat Jinggo dan Sheila. Malah tulis Jinggo pada posting, Jinggo mengucapkan selamat datang kepada Elisya yang telah hadir menyerikan lagi keluarga mereka.
Perkongsian video oleh Jinggo itu telah mencur1 perhatian ramai. Manakan tidak, ada yang menyatakan cara layanan Elisya melayan bapa dan ibu mertuanya itu seperti layanan di hotel. Lebih-lebih lagi, cara Elisya mendeko makanan itu sangat menarik.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan betapa beruntungnya Jinggo dan Sheila mendapat menantu seperti Elisya kerana bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, malah rajin memasak. Antara komen-komen netizen adalah :
” Unt0nglah Tok Sidang, menantu serve ala-ala hotel gitu. Dah lah cantik, pandai lah masak pula tu macam mak mertua dia.. “
” Alhamdulilah, rezeki Tok Sidang, udohlah menantu cantik pandai masak pulak. Perfect lah Elisya, good job beb.. “
” Bestnye mertua dan menantu yang pandai masak, gabungan terbaik.Yg paling untung ialah Tok Sidang lah, hahaha.. “
” Rezeki tok sidang dpt menntu yg baik, pndai msk, cntikk dan penyejuk di mata buat suami. Moga berbhgia hingga ke syurga, Aaminn.. “
” Gemok la Tok Sidang ada dua chef dah sekrg. Salam jumaat, moga dpermudahkan segala urusan keluarga Tok Sidang.. “
” Alhamdulillah.. udoh la isterinya pandai masak ni menantu pun pandai memasak, untungnya tok sidang iye.. “
” Tengok pun mantap, perhhh memang sedang gayanya ni. Bertuah la dapat menantu macam ni, smga hubungan ini akan kekal bahagia hingga ke syurga.. “
Woww memang nampak menarik. Happy betul tengok Tok Sidang dan sis Sheila Rusly bersama menantu mereka. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga pasangan pengantin baru ini akan kekal bahagia hingga ke syurga, amin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Tok Sidang Jinggo, Sheila Rusly, Elisya Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..