” Ala comelnya, badan semangat pun laju je Afwa.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Kedua Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Tarik Perhatian Peminat. Pantas Je Pusingkan Badan Terus Meniarap. Good Boy Afwa !! 

Sama seperti kakaknya Siti Aafiyah, Muhammad Afwa iaitu cahayamata kedua Dato’ Seri Siti Nurhaliza mula menjadi sorotan media dan peminat. Sejak berita kelahirannya dikhabarkan pada April yang lalu, peminat sentiasa menantikan perkembangan bayi Dato’ Siti ini.

Umum mengetahui, nama Afwa dan Aafiyah diilhamkan daripada sep0tong doa yang tertera perkataan tersebut. Kini di usia Afwa hampir 3 bulan, Afwa membesar dengan sihat dan semakin bersemangat badannya.

Meninjau akaun Instagram Afwakhalid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Afwa. Aafiyah yang turut sama duduk di tepi Afwa pada awalnya bingkas bangun apabila Afwa mula mengiringkan badannya ke tepi.

Suara Dato’ Siti juga kedengaran menyuruh Aafiyah melihat adik dan mula bersorak memberikan sokongan kepada Afwa. Rupanya Afwa belajar meniarap dan ini membuatkan Aafiyah ketawa melihat telatah adiknya itu.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Afwa ini telah mendapat perhatian daripada ramai peminat. Rata-ratanya terhibur melihat perkembangan terkini Afwa dan antara komen-komen mereka :

” Cepatnya Afwa meniarap baru 2 bulan kan umurnya. Comel je, kakak dan adik sama comel. Alhamdulillah barokallah Afwa.. “

” Afwa bijaknya bru 2 bulan dah pandai meniarap. Adik Afwa dah pintar berbalik ya, sihat selalu bersama kakak Aafiyah yaa.. “

” Ya Allah comelnya aafiyah. pandainya afwa meniarap, semoga aafiyah dan aafwa menjadi ank yg soleha & Soleh amin yarabbalalamin.. “

” Comel-comel dia beradik ni, kakak Aafiyah dan baby Afwa. Afwa cepat ye meniarap, tak sampai 3 bulan. anak pintar ni mesti nanti cergas macam kakak Aafiyah.. “

” Pandai Afwa, kalau bukak stokin dan sarung tangan tu lagi cekap dia gerakkan tangan jejarinya. Go Afwa go.. “

” Comel sungguh Afwa dan Aafiyah ni. Dah laju la Afwa pusingkan badan tu, wah laju ni. Lepas ni boleh merangk4k dan berjalan lah dengan kakak Aafiyah.. “

” Ala comelnya, badan semangatpun laju je Afwa mengiring dan pusing badan tu. Ibu pun happy bersorak tu, go afwa go yeaaay.. “

Semakin riuh dan meriahlah rumah Dato’ Siti dengan telatah dua permata hatinya ini. Peminat juga seronok melihat gelagat Afwa meniarap. Apa pun, semoga Afwa membesar dengan sihat selalu dan jadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Afwakhalid, IG Muhammadafwa, IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..