” Dato’ kurus dah macam umur 30an.. ” – Netizen
Penampilan Terkini Dato’ Seri Vida Yang Kelihatan Semakin Langsing Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Turun 8 Kilogram, Nampak Semakin Muda Lah. Gaya Dan Fesyen Dato’ Vida Pun Makin Menawan !!
Usahawan terkenal iaitu Dato’ Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV) kini telah membuat penampilan terbarunya yang sudah semakin langsing berbanding dahulu.
DSV telah berkongsi beberapa keping gambar terbarunya di akaun Instagram miliknya untuk dikongsi bersama para peminatnya. DSV juga menyatakan berat badannya kini sudah banyak turun sehingga 8 kilogram.
Sebelum ini berat badan DSV pernah mencecah sehingga 83 kilogram dan kini sudah berjaya diturunkan kepada 76 kilogram. Sehingga kini DSV masih dalam usaha untuk terus menurunkan berat badannya.
Selain itu, gaya dan fesyen DSV juga nampak lebih menawan dan lebih menarik. Ramai memuji penampilan DSV kini nampak lebih cantik dan nampak semakin muda apabila kurus serta langsing. Wah, ada juga yang menyatakan nampak macam usia 30 an pula.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Lagi gambar terbaru Dato’ Seri Vida yang nampak semakin menawan :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini telah mendapat banyak komen yang memuji penampilan DSV. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” U r indeed gojes & sophisticated lady.. Sesuai dgn DSV. Jiwa kental.. cantik sangat.. Sama lah datin favourite saya pun merah.. “
” Memang DSV ni cantik.. Rumah ka mall ni.. Dato’ seri makin lama makin slim , cantik dan usahawan yang berjaya.. “
” Wow letopss i loikee merah u look goojes DSV. Cantik.laa rumah datoserivida bersih kemas terbaik datoseri.. Cantiknya kmo bak bidadari syurga.. “
” Comelll nya rumh dato nihhh.. Yup dato da kuyussss bestnya Kalu sy Blh kuyus etek Ni MkN sajo excersise kelaut .. Dato kurruussss mcm dh umur 30an.. “
” Nampak mcm 30 an dato.. cantik.. Suka tgok Datuk simple cam ni.. Sgt cantik.. Mama vidaaaa kurrr kurrrrr kurusssss dah.. maintain.. go mama.. “
” Baru la cantik.. Sblm ni mcm org sarkas je.. Cantik sgt… npk kurus dah… baju pun cantik.. Cantek dato bergaya dgn pakaian warna secucuk. slmt pagI.. “
” Cantek dato…. klu dipandangan mata sy… seperti wanita awal 40 an gituuu.. Seriusly dato nmpk mcm kurus. Brpe berat now n before pls inform sikit .. “
Macam-macam tekaan netizen apabila ditanya tentang umur yang sesuai untuk DSV dengan penampilannya yang terkini. Apa pun, DSV sememangnya seorang yang pandai bergaya dan apabila semakin langsing pastinya semakin cantik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Seri Vida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..