” Depa ni g4ng betul bertiga, seronok teman menengoknya.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Cikgu Azlan Bersama Bapa dan Anaknya Sedang Bersantai Menonton Televisyen, Perkongsian Elly Mazlein Raih Perhatian Ramai. Wah Memang Dah Jadi G4ng Betul Ni !!

Elly Mazlein, sebut sahaja namanya pasti ramai yang kenal. Serba-serbi boleh, berlakon, menyanyi, mengacara dan lain-lain lagi. Ada sahaja perkongsian Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom ini menjadi perhatian netizen di laman media sosial.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Kak Lina telah berkongsi gambar yang memaparkan Cikgu Azlan bersama bapa dan anak Kak Lina sedang bersantai bersama-sama menonton televisyen di ruang tamu.

Sebelum ini, Kak Lina ada berkongsi akan gambar suaminya sedang membaiki lampu, gambar tersebut kelihatan anak Kak Lina, Sefhia dan bapa Kak Lina turut ada bersama menemani Cikgu Azlan. Perkongsian itu juga telah meraih perhatian peminat kak Lina di Instagram.

Menerusi posting terbaru ini pula, kelihatan Cikgu Azlan bersama-sama bapa mertuanya dan Sefhia seperti sudah menjadi geng dengan bersama-sama mengisi masa terluang mereka menonton cerita di kaca televisyen. Memang akrab betul melihat Cikgu Azlan bersama bapa mertuanya.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen,  ramai yang memuji akan keakraban Cikgu Azlan bersama anak dan bapa Kak Lina. Antara komen-komen netizen adalah :

” Bestnya dapat suami yang boleh lep4k sama-sama dengan FIL macam tu, so sweettt dohhhhehh tengok tau.. “

” Bahagia tengok keluarga Kak Lina, smga kekal hingga ke akhir hayat ye Kak Lina dan Cikgu Azlan, amin.. “

 ” Depa ni g4ng betul bertiga, seronok teman menengoknya. Bukan senang nak cari orang yang boleh serasi dan menerima kita sekluarga.. “

” Location tu, amboi Kak Lina, haha. Happynya tengok cerita apa tu, Kak Lina tak join sekali ke tengok tv.. “

” Manja betul Sefhia dengan Cikgu Azlan, tak nampak macam bapa tir1 pun dengan anak tir1, kasih sayang mcm anak kandung.. “

” Sempoi, blh join dengan pak mertua mcam ni. Kalau laki lain rasanya lep4k dalam bilik main telefon je ni, mls nk layan orang tua2.. “

” Love sangat gambar ni, memang nampak Kak Lina bahagia sangat dengan kehidupan Kak Lina sekarang, smga berbahagia.. “

Bertuah Kak Lina, dapat suami macam Cikgu Azlan bukan sahaja baik dan penyanyang, malah dapat dilihat Cikgu Azlan seorang yang sangat menghormati orang tua. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Kak Lina sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta, amin.

.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..