” Cantiknya puteri Ustazah, lembut dan tenang air mukanya.. ” – Netizen

Datuk Ustazah Dr Norhafizah Musa Kongsi Gambar Dan Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Puterinya, Nur Ne’ma Al-Solehah. Kata-Kata Ustazah Buat Ramai Tersentuh. Wajah Ayu Solehah Turut Jadi Tumpuan Netizen. Cantik Macam Umminya !!

Tutur katanya yang lembut dan tersusun indah membuatkan Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa disenangi ramai. Ketika usianya 43 tahun, Ustazah Norhafizah berjaya menghabiskan pengajiannya dan menerima Penganugerahan Doktor Falsafah ( PhD ) dari Akademi Pengajian Islam.

Ustazah Norhafizah memiliki 7 orang anak yang cantik dan tampan semuanya. Terdahulu Ustazah ada berkongsikan gambar ketika majlis pernikahan anak sulungnya dan pertunangan anak keduanya. Meninjau akaun Instagram Ustazah Norhafizah, telah dikongsikan beberapa keping gambar sempena ulangtahun anak perempuannya bernama Nur Ne’ma Al-Solehah.

Ustazah Norhafizah juga turut berkongsi semula posting 8 tahun lalu tentang cerita pada hari Solehah mengambil keputusan UPSR. Kini Solehah sudahpun berusia 20 tahun dan Ustazah Norhafizah berharap Solehah akan berbuat yang terbaik untuk kehidupannya.

Ucapan yang penuh kata-kata nasihat daripada seorang ibu untuk anak tersayang. Doa Ustazah Norhafizah agar Solehah terus beristiqamah dalam menuntut ilmu dan terus mengibar panji dakwah dan perjuangan Islam.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Ungkapan kata Ustazah Norhafizah ini menarik perhatian netizen. Wajah Solehah yang manis ini juga meraih pujian ramai. Antara komen-komen mereka :

” MasyaAllah. Setiap anak berbeza2 ucapannya. Setiap ucapan begitu syahdu & tersentuh ustazah. Saya baca setiap wish ustazah pada anak2, sukanya.. “

” Tahniah, cantiknya anak Ustazah. Manisnya Solehah macam uminya. Semoga menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa.. “

” Masya Allah cantiknya anak ustazah, macam uminya jugak. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat adik. Alhamdulillah.. “

” Cantiknya puteri ustazah. ala sed1h mengalir pula air mata saya ni umi. Moga berjaya cemerlang anak solehah.. “

” Subhana ALLAH, anak ustazah cantik sangat. Lembut dan tenang airmukanya, tak jemu memandang. Semoga berjaya selalu Solehah.. “

” Segak betul anak Ustazah, sanah helwah adik Solehah. Sejuk je tengok muka adik ni. Tenang dan senyuman yang manis.. “

” MashaaAllah comelnya anak ustazah. Doakan 3puteri sy jg baik akhlaknyaa, lembut bicara, that agama dan kedua ibubapanya.. “

” Sanah helwah utk anak ustazah yg cantik dan ayu. moga berjaya dunia akh1rat. keluar air mata sy baca kata2 ustazah.. “

Memang cantik Solehah ini, wajahnya sentiasa nampak berseri-seri. Semoga Solehah teruskan menjadi hafizah yang berjaya dan sentiasa membuat ummi dan abi bangga dengan semua pencapaian Solehah. Sanah Helwah Solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ustazah Norhafizah Musa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..