” Tidur pun senyum tak berhenti, mimpi apa tu sayang.. ” – Netizen

Emma Maembong Kongsi Video Anaknya, Shariq Gabriel Sedang Tidur Sambil Tersenyum. Namun Komen Daripada Rakan Baik Emma, Alvin Chong Buat Peminat Terhibur. Amboi Memandai Jer Uncle Alvin Ni !!

Umum sedia maklum bahawa pelakon cantik, Emma Maembong telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada November lalu.  Emma dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar telah memberikan nama anak mereka sebagai Shariq Gabriel.

Selain itu, Emma juga turut membuka akaun Instagram untuk anak tersayang dengan memaparkan perjalanan kehamilan Emma sehingga dia melahirkan. Hingga kini, akaun Instagram Gabriel telah mempunyai seratus ribu lebih followers.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Shariq Gabriel, Emma telah berkongsi video terbaru yang memaparkan akan anak kecilnya itu sedang nyenyak tidur sambil tersenyum-senyum. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen.

Menerusi perkongsian itu juga, Gabriel ditemani oleh bapanya di sisi. Sedang Emma merakamkan akan telatah anaknya itu, Shazli juga turut tersenyum melihat Gabriel yang tidak henti-henti tersenyum semasa tidur.

Tonton perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gaya comel Gabriel itu. Antara komen-komen netizen adalah :

” Comel lah dia, mimpi main kat taman syurga tu, moga Gabriel akan jadi anak yang soleh buat orang tuanya, amin.. “

” Ish lah tidur pun comel, senyum pula tu. Mimpi apa tu sayang, seronok sungguh tengok gaya dia snyum tu.. “

” Tidur pun senyum, mimpi apa tu sayang, alahai comel betul anak Emma ni, sebiji macam anak mat salleh.. “

” Si ayah pun seronok tengok anak senyum, momen yang terindah ni, dapat tgk anak tidur depan mata macam ni.. “

” Comel lah, ger4m tengok, suka follow ig Gabriel  tengok perkembangan dia membesar.. “

” Genetic sc0ttish banyak dalam Gabriel ni, white skin, dark redhair, cool gray eyes. Besar nanti mesti kacak.. “

” Alahai sweetnya tengok Gabriel tidur, sempat lagi mummy rakam Gabriel tidur tu, huhu comel sangat.. “

Selain itu, rakan baik Emma, iaitu Alvin Chong turut memberikan komen

Komen tersebut turut mendapat respon oleh Emma

Kelakar lah uncle Alvin ni, pandai jer nak menyak4t mummy Gabriel. Malah respon daripada Emma itu juga buat netizen terhibur membacanya. Apa-apa pun, semoga Gabriel membesar dengan sihat selalu dan menjadi seorang anak yang baik.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Shariq Gabriel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..