” Sedap suara dia, steady lah Yah Kuchai.. ” – Netizen

Muatnaik Video Ketika Merakamkan Lagu Untuk Kampung Pisang Muzikal Raya, Ramai Peminat Terkej0t Yah Kuchai Boleh Menyanyi. Ingatkan Dalam Filem Tu Miming Jer !!

Afea Deanna merupakan salah seorang pelakon dalam drama Kampung Pisang Bersiri-Siri. Memegang watak Yah Kuchai, penampilan Afea dalam drama tersebut telah membuatkan ramai terhibur. Antara trademark yang sering menjadi sebutan ramai ialah ‘ Mee kari kuah laksa’.

Terbaru, menerusi filem Kampung Pisang Muzikal Raya yang menampilkan satu kelainan di mana pelakon-pelakonnya perlu menyanyi dalam filem tersebut . Tidak ket1nggalan juga buat Afea yang perlu menyanyikan sebuah lagu.

Meninjau ke akaun Instagram, Afea telah memuatnaik video ketika dia merakamkan lagu untuk filem tersebut. Ramai tidak menyangka bahawa Afea boleh menyanyi. Oleh kerana suaranya lebih kurang sama dengan penyanyi asal, ramai menyangka Afea sekadar miming sahaja dalam filem tersebut.

Perkongsian ini telah menjawab segala persoalan yang bermain di minda penonton filem tersebut. Nampaknya selain berlakon, Afea juga mempunyai bakat dalam nyanyian. Boleh tahan sedap juga suara Yah Kuchai ye!

Jom tonton video di bawah :

( Kl1k butang KANAN -> untuk menonton video seterusnya.. )

Perkongsian ini telah menerima banyak pujian daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Penyanyi no 1 negara ni.. part duk atas bumbung tu tak boleh tahan.. sedap suara dia.. Steady la yah kuchei.. Terbaik lah, suara sedap.. “

” Yah kuchei tak bgitahu pun teman dah agak dah tu suara yah kuchei .. oklah boleh tahan suaranyaa hehehehe.. “

” Nice voice, comel yah.. Pasni adik melet0p mcm jihannnn.. Watak yah kuchei yg buat akk tak kering gusi…. tahniah dik.. “

” Sedap nye suare dia.. Blh as4hhh bakat nyanyi tu lg yahhh.. And that was my fav scene in that movie actually.. “

” Sedap suare yah kucai.. Yah Yah…. Hati kau kering Yah.. Terkaraoke skali lak masa layan cite ni td.. Tak kuar lak ost lagu ni.. “

” Wow…. Sodap bonar sora ko eh.. Yah kuchei mantap suara… saya minat cite kampung pisang musical besttt.. Hebat le kamu yah kuchei.. “

” Sedap sore kome yah kuchai, ley ler kome jd penyanyi letop.. Teman dah agak.. Ini memang suara kamu yah.. Sedap suara kamu yah hoii.. “

Karakter Yah Kuchai antara watak yang digemari oleh penonton dalam drama Kampung Pisang. Tidak mustahil suatu masa nanti Afea boleh pergi lebih jauh lagi dalam dunia industri hiburan. All the best buat Afea Deanna.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Afea Deanna

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..