” Segak Tuanku dari muda sampai kini, buah hati Tuanku Permaisuri Agong.. ” – Netizen

Gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ketika Muda. Tampan Dan Kemas Tuanku, Iras Dengan Muka Puteri Iman Afzan !!

Tanggal 30 Julai 2019 menjadi peristiwa penting untuk negara apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong ke 16. Menurut laporan Berita Harian, istiadat ini berjalan dengan gilang-gemilang dan berjalan lancar.

Keperibadian Baginda yang berjiwa rakyat dan merendah diri membuatkan Baginda disayangi rakyat jelata. Bagi rakyat Pahang khususnya, Al-Sultan Abdullah sangat dekat di hati mereka. Setiap kali ada mus1bah yang men1mpa rakyat, Baginda pasti mencem4r duli untuk bertemu dengan rakyat.

Begitu juga dengan permaisurinya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang turut memiliki sifat yang sama. Meninjau akaun Instagram Malaysia Royal Family, telah dikongsikan sekeping gambar Seri Paduka Baginda ketika muda dahulu.

Gambar yang diambil dalam warna hitam putih ini memperlihatkan Seri Paduka Baginda memakai baju kot lengkap bertali leher. Nampak segak Tuanku dengan songkok di kepalanya itu. Tidak banyak berubah wajah Tuanku dengan sekarang.

Jom baca perkongsian di bawah :

Ada netizen yang melihat wajah Baginda nampak iras seperti putera dan puterinya, Tengku Hassanal dan Puteri Iman Afzan. Antara komen-komen netizen :

” I see Princess Iman in him. Tetap handsome dan segak sehingga kini Tuanku. Tali leher ya nang lihai.. “

” Segak Tuanku dari muda sampai kini, buah hati Tuanku Permaisuri Agong. Handsome Tuanku.. “

” Nie dia wajah paduka ayahanda DYMM YPDA. Seri wajah seorang anak remaja yg patuh dan Taat pada Ayahanda dan bondanya. TerbaikLah Tuanku.. “

” Alhamdulillah, daulat Tuanku. Handsome Tuanku pakai tali leher cukup kemas. Tak banyak berubah wajah Tuanku.. “

” Wow incredible, what a tie statement. 70’s style. Long live the King, Daulat Tuanku. Macam iras Tengku Hassanal pun ye.. “

” Smart dan handsomenya Tuanku, the eyes tidak berubah. Muka retro, steady Tuanku masa ni. sama macam muka puteri Iman.. “

” Putri Iman, now i see you copy paste tuanku. Agong kita, sultan kita, kebanggaan kita. sultan berjiwa rakyat kesayangan semua.. “

Memang kemas dan tampan Seri Paduka Baginda sewaktu remaja ni. Patutlah putera dan puteri semuapun cantik dan handsome. Semoga Seri Paduka Baginda sentiasa dilindungi Yang Maha Esa dan dijauhi daripada seb4rang penyak1t. Daulat Tuanku !

Silakan SHARE..

Sumber : IG Malaysia Royal Family, Tunku Azizah Aminah, Portal Berita Harian

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..